29 March 2014

Dari Meja Exco Kajian & Penyelidikan : C.I.N.T.A

Cuba tanya lagi..
Hati itu Rasakah ia?
Diam Bisu

Cuba tanya lagi..
Hati itu Mampukah ia?
Diam Bisu

Cuba tanya lagi..
Hati itu..
Kenapa dingin? Beku?
Diam Bisu

Cuba tanya lagi
Hati itu
Tiada seri
Tidak memerah
Diam Bisu

Cuba tanya lagi
Hati itu
Menjerit
Merintih
Menangis
Berdarah
Diam Bisu

Cuba tanya lagi
Hati itu
Rasa perlu?
Diam Bisu

Cuba tanya lagi..
Hati itu..

Cuba Tanya lagi..
Hati itu

Cuba Tanya lagi..
Hati itu..

Cuba Tanya lagi..
Hati itu..



http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
AMIRAH HANNAN BINTI AHIJMAN
Exco Kajian & Penyelidikan SCLC Sesi 2013/2014

25 March 2014

OHANA 2 :)


HAI HAI HAI EVERYONE !!!! WE MET AGAIN IN OHANA !!! :)

Program Ohana yang kedua, selepas penukaran nama daripada Aloha, telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari 1 malam. Program Ohana pada kali ini telah diadakan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat Selangor. Bilangan peserta yang menyertai Ohana ialah seramai 19 orang dan majoritinya terdiri daripada pelajar-pelajar junior daripada Part 1 dan Part 2.

Warga SCLC yang menyertai program ini adalah seramai 31 orang dan kami diiringi oleh seorang pensyarah pengiring, yang juga selaku penasihat kelab SCLC, iaitu En Ismail Badiuzzaman. Program ini berlangsung dari 21 Mac- 22 Mac 2014.

Tujuan utaman Ohana pada kali ini adalah untuk merekrut ahli-ahli baru dalam kalangan pelajar undang-undang. Ini berikutan kami ingin mencari bakat-bakat baru yang akan menyampung tampuk pimpinan SCLC pada masa akan datang. Selain itu, program ini juga berikutan untuk memberi pendedahan dan informasi tentang prinsip utama kelab SCLC kepada ahli-ahli baru, memperkenalkan serat mempromosi SCLC kepada mereka. Dalam masa yang sama , kami, warga SCLC serta ahli-ahli baru dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan sesama ahli-ahli yang baru dan yang lama.

22 March 2014

Dari Meja Exco Hal Ehwal Keselamatan Awam & Kesihatan : Jenayah Ragut


Sejak kebelakangan ini, jumlah kejadian jenayah ragut sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar semakin meningkat dan hal ini membimbangkan. Jenayah ini sukar untuk dibanteras kerana kita tidak tahu di mana dan bila ia akan berlaku. Selain itu, ia juga sukar dibanteras disebabkan identiti si peragut tidak dapat dikenal pasti untuk memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Jenayah ragut yang semakin menjadi-jadi ini menyebaban kita berfikir dua tiga kali untuk menjejakkan kaki keluar daripada rumah ataupun kelaur berseorangan. Suatu ketika dahulu, kita bebas berjalan tanpa memikirkan risiko untuk diragut tetapi pada harini tidak sama sekali. Jenayah ragut pada dahulu kala tidaklah sampaikan kehilangan nyawa ataupu kecederaan yang serius kepada mangsa. Peredaran masa telah menyaksikan pada hari ini jenyah ragut adalah satu jenayah yang serius apabila ia melibatkan warga tua, kecedaraan yang marah dan juga kematian.

15 March 2014

Dari Meja Exco Pembangunan Sosial & Masyarakat : Amanah



Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, sesungguhnya syukur kita masih bernafas di bumi pinjaman Allah dan dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang sempurna. Tidak lupa, Allah memelihara baik aib kita di dunia juga insyaAllah di akhirat kelak. 

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, kini tiba giliran saya menyampaikan sedikit perkongsian. Saya ingin berkongsi mengenai amanah yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Dalam Islam, amanah adalah satu sikap terpuji dimana kita dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Amanah ini merupakan tunjang dalam kehidupan seorang muslim. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana Allah meletakkan amanah disetiap bahu individu muslim itu sendiri.

Pelaksanaan amanah ini amat luas skopnya sama ada memenuhi tuntutan sebagai hamba Allah, amanah terhadap ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat di luar dan tidak lupa amanah dalam menggerakkan agama Allah.

08 March 2014

Dari Meja Exco Akademik Dan Latihan : Graduan Undang-Undang Atau Tidak? Mana Satu Pilihan Anda.

Assalammualaikum dan hai kepada semua. Amacam cuti sem? Ada baik? Ada yang kerjakan cuti ni, mesti ada lebih gaji tu kan. Ada laa duit before dapat ptptn… hahaha. Dan untuk yang part 4 last sem buat attachment, haaa dah ada pengalaman dalam court ni. 

Okay, sekarang kita nak kena fikir juga la kan. Kita ni ada tak ciri-ciri nak jadi graduan undang-undang? Dah boleh jadi lawyer ke? Bukan apa la, banyak jer graduan yang lepas habis belajar tak kerja dan menganggur. Nak bagi anak bini makan apa weyy? Legal Profession Act 1976 dah bagi guideline untuk kita jadi lawyer dan dalam akta tu bagi semua yang perlu dilakukan as a lawyer. Orang tak akan hire lawyer yang tak layak jadi lawyer kan?


Sekarang UiTM dah buat course baru, LW224 yang mana students dari part 1 dah boleh kata LLb to be la. 4 tahun punya course yang students kena hadap just to be a lawyer. Kalau dulu, LW213 3 tahun je yang students belajar and grad sebagai graduan BLS. Lepas tu diorang perlu tambah setahun lagi LW222 untuk dapat LLB. Banyak woo procedure. Untung la graduate dua kali. Lepas tu belum boleh jadi lagi lawyer, kena chambering 9 bulan lagi before becoming a full pledge lawyer. Nampak tak susah dia dekat mana? Haha.