30 November 2013

Dari Meja Exco Kerohanian : Kesabaran



Bismillahirrahmanirrahim, 

Allah Ta’ala berfirman:


 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan: 200).

Kita selalu dengar, kawan kawan kita, orang sekeliling kita berkata. "Eh kesabaran aku ada hadnya." Hakikatnya benarkah kesabaran kita ada hadnya. Lupakah kita kepada ujian yang dihadapi Nabi Muhammad SAW kita sendiri? Bagaimana ujian dihadapi Baginda ketika berdakwah, menyebarkan agama Islam. Dikutuk, dicaci . 

Siapalah kita, jika hendak dibandingkan ujian yang kita hadapi dengan Baginda. Kita selalu lihat situasi, dalam kalangan kita yang menghadapi berbagai ujian memilih untuk meluahkan di twitter, facebook dan pelbagai laman sosial yang lain. Tidakkah kita sedar, bahawa Allah SWT sentiasa ada untuk kita. Mendengar rintihan, doa hambanya. Tidakkah kita malu kepadanya?

23 November 2013

Dari Meja Juruaudit 2 : Perjalanan Menuju Matlamat



Bismillahhirrahmanirrahim. 
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya.)” (Surah al-Mulk, 67:15)  
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut-mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta,tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada dalam dada.” (Surah Al-Hajj, 22:46) 
Ayat-ayat cinta dari Allah ini menerangkan kepada kita melakukan perjalanan untuk mencari rezeki yang ada di muka bumi ini, juga perlu diarahkan bagi membuka mata hati, menggunakan pancaindera kurniaanNya untuk menyingkap hakikat sesuatu kejadian, memahami penciptaan makhluk-makhluk Tuhan yang akan dihidupkan semula di akhirat nanti. Kita juga perlu mengambil pengajaran dari sejarah manusia terdahulu yang diazab oleh Allah. 

Jadi, apakah yang termasuk dalam kategori perjalanan yang dapat dilakukan supaya dapat mencapai maksud itu? Ada lima jenis perjalanan yang dapat kita lakukan bagi tujuan itu.

22 November 2013

SCLC Fiesta 2013!

SCLC kembali dengan pelbagai aktiviti menarik! Kami akan mengadakan SCLC FIESTA 2013, di mana event ini terbahagi kepada dua. Nak tahu apa?


1. Volunteerism Expo 2013

Apa ni? Okay macam ni. Seperti yang anda sedia maklum, SCLC adalah sebuah kelab yang salah satu terasnya adalah kesukarelawanan. Jadi sekarang, kami menjemput badan-badan yang giat melakukan aktiviti kesukarelawanan ini seperti Syria Care, Aqsa Syarif, The Telekung Project, Projek Iqra', MAKNA dan raaaaamai lagi untuk buka booth bagi menjayakan pameran interaktif pada 28 November 2013. Khamis depan. Satu hari je tau. Ha, nanti boleh la semua orang tahu lebih banyak tentang aktiviti kesukarelawanan dan kami juga membuka peluang kepada anda anda yang teringiiiinnn sangat nak join jadi volunteer kat luar sana, untuk bergiat dalam bidang ini. Nak join after grad boleh, nak join sekarang pun boleh. Apa erti hidup kalau tidak memberi, ye dok?

Ada lagi! Pada hari Jumaat, 29 November pula, kita ada forum, bertajuk Heroes Among Us. Pasal volunteer juga. Ada siapa? Jeng jeng jeng. Nantikan kami akan buat teaser nanti. ;)

2. Explorace Berkayak




Bosan dengan larian? Mencari aktiviti yang lebih mencabar? SCLC - We come to help! Sempena SCLC Fiesta 2013, jom luangkan masa bersama kami dalam program Explorace Berkayak!

Bila? Sabtu (30 Nov 2013)
Dekat mana? Taman Tasik Shah Alam
Pukul berapa? 8.30 pagi - 3.30 petang
Apa yang menarik? Pastinya keseronokan! Boleh menang hadiah lagi

Siapa yang boleh join?
# Student Law Faculty - Part 1 hingga Part 5 sahaja

Macamana nak join?
# Tubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada 4 orang ahli.
# SMS-kan nama kumpulan, nama penuh, no ID dan no h/p setiap ahli kumpulan kepada kami.
# Hadir taklimat ringkas yang akan diumumkan tarikhnya nanti.
# Datang pada hari pertandingan dengan gaya, mutu dan keunggulan!

TERHAD kepada 10 kumpulan terawal! Hubungi kami untuk pertanyaan & penyertaan sekarang!
Basyir: 014-5379609
Hariz: 013-4183201

Come and join us! ;)

16 November 2013

Dari Meja Juruaudit 1 : Terapi Jiwa Terapi Minda



Bismillahirrahamanirrahim… 

Hidup ini penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Kita tidak dapat lari dari segala masalah dan ianya tidak akan selesai jika kita lari darinya. 

Dalam menghadapi segala rintangan hidup kita perlukan keceriaan untuk melupakan seketika segala masalah dan memberikan kita kesegaran dan minda yang cergas untuk kita menghadapi segala dugaan dengan penyelesaian yang waras dan memberi kebaikan kepada kita dan semua orang. 

Mungkin anda biasa dan selalu jumpa dengan pelbagai tips dan petua yang sama... Ya! Memang benar... Kerana setiap insan itu wajib menyampaikan sesuatu yang baik kerana mungkin ianya bukan untuk diri anda tetapi mungkin ada orang lain yang amat memerlukannya.

Di kesempatan yang seketika ini, ingin saya berkongsi kepada anda sesuatu yang amat berguna buat anda yang ingin mencari ketenangan. Ketenangan yang memberi anda kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala cabaran, tekanan dan dugaan. Nikmat yang tidak ternilai, hikmah dari Allah SWT.

Saya tertarik dengan satu ungkapan yang berbunyi :
“Yesterday when I felt clever, I change the world. But today when I felt wiser, I change myself.”
Ungkapan yang ringkas. Tapi cukup bermakna. Lazimnya manusia seringkali menyalahkan orang lain. Dan ada kalanya juga menyalahkan takdir atas setiap apa yang berlaku. Tidak pula terlintas di fikiran untuk bermuhasabah diri.


13 November 2013

Adhoc Recruitment For SCLC Fiesta!

Salam everyone!



SCLC is back with more exciting programs! We will be organizing SCLC Fiesta soon! Thus, we would like to invite you guys to join us as our adhoc.

Details of programs:

Volunteerism Expo

Date : 28 & 29 November 2013 (Thursday & Friday)
Thursday - Exhibition (9am-5pm)
Friday - Forum & Closing Ceremony (3-5pm)
Venue : Faculty of Law

*Contact : Azza 016-4148592

Kayak Explorace

Date : 30 November 2013 (Saturday)
Time : 7.30am - 2.00pm
Venue : Tasik Seksyen 2, Shah Alam

*Contact : Basyir 014-5379609 or Hariz 017-4874890

Do join us and invite your friends too! Hope too see you soon! Thank you. ;)

"SCLC, We Come To Help."

09 November 2013

Dari Meja Naib Bendahari : Tangan-Tangan Manusia



Bismillahirrahmanirrahim.
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Surah Ar Rum : Verse 41 
"Evil (sins and disobedience of Allah, etc.) has appeared on land and sea because of what the hands of men have earned (by oppression and evil deeds, etc.), that Allah may make them taste a part of that which they have done, in order that they may return (by repenting to Allah, and begging His Pardon)." 

Untuk maksud yang lebih ringkas, segala kerosakan di atas bumi ini adalah akibat tangan-tangan manusia. 

Kalau tak percaya, tengok sahaja sekeliling kita. Sampah-sarap bersepah, tanah runtuh, banjir, taufan semuanya impak indirectly dari perbuatan kita sendiri. Peringatan yang Allah bagi untuk kita manusia yang ego, yang sombong, yang bongkak, yang tak kisah apa-apa dan hanya pentingkan diri sendiri. Asal masalah sendiri selesai dah tak kisah pasal benda lain padahal setiap tindak-tanduk kita akan effect orang lain jugak walaupun kita tak perasan dan rasa macam ok je, macam ok je. Eh!

02 November 2013

Dari Meja Naib Setiausaha : Selami Dahulu, Fahami Mengapa.



Bismillahirrahmanirrahim. 

Saat diri ini diminta untuk menulis bagi ruangan blog SCLC, tajuk di atas terus muncul di fikiran saya. Apakah maksud tajuk ini? Kenapa tajuk ini yang muncul?. Nanti saya akan jelaskan. :)

Kehidupan kita ini boleh diibaratkan sebagai beluncas dan rama-rama. Kenapa beluncas dan rama-rama? Sebab haiwan ini dapat menunjukkan perbezaan antara 2 alam.