25 February 2015

Ohana : The Musical




Tarikh : 20 – 21 September 2014
Tempat : Kem Alang Sedayu , Gombak , Selangor
Pengarah Program : Wan Imaan Ikhwan

Objektif

1. Memberikan pengenalan dengan lebih mendalam tentang SCLC  kepada para peserta. 
2. Sebagai suatu platform untuk menarik minat peserta untuk menyertai SCLC. 
3. Merapatkan lagi silaturahim di antara ahli SCLC dengan para peserta melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini .

Ringkasan Program

Tepat jam 9 pagi 20 september 2014 , dua bas yang membawa seramai enam puluh lima orang yang terdiri daripada peserta dan AJK program bertolak dari UiTM Shah Alam untuk ke Kem Alang Sedayu di Gombak Selangor .Program Ohana merupakan salah sebuah program yang sinonim dengan SCLC yang akan diadakan pada setiap semester tetapi apa yang uniknya Program Ohana kali ini berbanding dengan yang terdahulu adalah tema muzikal dimasukkan di dalam setiap modul yang telah dirancang oleh biro program . Namun begitu , konsep perkhemahan dikekalkan di mana peserta berkhemah selama satu malam yang terletak berhampiran dengan sungai di kem tersebut . Aturcara program dimulakan dengan pengenalan kepada SCLC oleh saudara presiden melalui program ‘mindsetting’ yang dijalankan di tepi sungai di mana peserta dapat merasai kedinginan sungai dan kesegaran udara hutan . Pelbagai lagi aktiviti yang menarik yang dijalankan pada waktu petang seperti aktiviti ‘musical chair menggunakan selipar’ dan pelbagai aktiviti sukaneka bagi memupuk semangat berpasukan . Aktiviti di teruskan pada waktu malam di mana peserta dapat menghilangkan kesejukan malam apabila mereka berkumpul di tengah ‘campfire’ serta dihiburkan oleh persembahan dari peserta . Pada keesokkan hari pula dimulakan dengan senaman poco-poco serta zumba dan diiukti oleh aktiviti yang ditunggu tunggu oleh kesemua peserta iaitu ‘ jungle trekking’ di mana peserta dikhendaki meredah hutan untuk tiba ke Air Terjun Sg. Pisang yang mengambil masa kira-kira lebih kurang 45 minit tempoh perjalanan yang sangat mencabar . Program Ohana The Musical diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada peserta .Jelas terukir wajah kegembiraan dalam kalangan peserta sepanjang program ini berlangsung dan berharap bahawa mereka membawa balik kenangan yang manis dari program ini .

Laporan disediakan oleh : Amin Othman












Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) SAF KE-9 SCLC



Tarikh : 6 September 2014 (Sabtu)
Lokasi : Bilik Seminar 2, Cempaka 1, Fakulti Undang-Undang
Pengarah Program : Nik Nuraisya Binti Nik Badrul Azahar

Objektif

1. Memberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai kaedah pengurusan organisasi 
    kelab dan tugasan ahli-ahli jawatankuasa kelab
2. Memperkasakan system pentadbiran dan pengurusan kelab.
3. Menerapkan kepentingan bekerjasama dalam satu  pasukan bagi menerajui tampuk kepimpinan 
    kelab yang berkhidmat untuk komuniti

Ringkasan Program

            Bagi menjayakan sesuatu program, perancangan dan kajian yang teliti haruslah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran program-program tersebut. Lantaran itu barisan exco SCLC 2014/2015 telah mengadakan kursus pengurusan organisasi (KPO) dimana barisan exco yang baru dilantik didedahkan dengan asas-asas dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan sesebuah program. Melalui KPO, setiap exco membentangkan cadangan program atau projek kepada barisan Penasihat Persatuan SCLC yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM dan Majlis Tertinggi SCLC untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian program tersebut dengan matlamat SCLC. Selain itu, program ini merupakan gabungan dua buah program yang dianjurkan bagi memberi pendedahan mengenai kaedah pengurusan organisasi kelab kepada ahli baru dan lama serta mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan ahli jawatankuasa Student Community Law Club (SCLC) sesi 2014/2015. Selain KPO, program berbentuk teambuilding turut diadakan bagi menjalin persefahaman dan ukhuwah antara para ahli kelab SCLC. Pemahaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai tugasan ahli di dalam kelab serta pembentukan jalinan kerjasama yang erat di antara ahli jawatankuasa amat penting bagi melahirkan pemimpin yang telus dan ikhlas dalam bekerja selain menjadi medan berkenalan dan lebih memahami sesama ahli yang baru dilantik bagi sesi 2014/2015. 

Laporan disediakan oleh : Aisyah Roslan






Teambuilding Student Community Law Club SAF ke-9




Tarikh : 3 September 2014 ( Rabu) -5 September 2014 (Jumaat)
Lokasi : Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pengarah Program : Nurul Hanani binti Ahmad

Objektif

1. Mengukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang akan bekerjasama sepanjang sesi 2014/2015
2. Menerapkan kepentingan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menerajui tampuk kepimpinan kelab yang berkhidmat untuk komuniti.
3.  Melahirkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang terpuji serta efisien dalam menjalankan tanggungjawab.

Ringkasan program

Pada 3 September, seramai 13 ahli jawatankuasa, 4 fasilitator diiringi oleh Penasihat kami, Encik Ismail berkumpul seawal 7.00 pagi di perhentian bas Perindu. Pengarah projek kami iaitu Saudari Hanani Ahmad telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang program yang bakal kami lakukan.  Bas kami bertolak sekitar pukul 8.00 pagi dan kami telah sampai ke lokasi program dengan selamat pada pukul 1.30 tengah hari. Ketibaan kami di Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang disambut oleh Puan Rafidah, wakil dari resort tersebut. Selepas itu, kami menjamu selera dan menunaikan solat berjemaah. Tepat jam 3.00 petang, kami memulakan aktiviti pertama kami dengan menaiki bot ke Monkey Beach, Pulau Pinang. Di sana, kami melakukan sesi ice breaking yang diketuai oleh para fasilitator yang terdiri daripada  alumni Student Community Law Club. Sesi ice breaking tersebut memberi peluang kepada setiap dari kami untuk mengenali diri sesama ahli jawatankuasa dengan lebih dekat lagi. Kami pulang ke hotel pada pukul 6.00 petang dan menikmati makan malam. Pada malamnya pula, Modul 2 dan 3 dijalankan. Kedua dua modul tersebut mengajar kami tentang perspektif individu terhadap individu lain. 

Pada keesokkan harinya pula, seawal jam 7.30 pagi, kami telah bertolak ke Escape Park, Pulau Pinang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti Monkey Business, wall climbing dan lain lain lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti di Escape Park agak mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental setiap peserta, kami selaku bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui SCLC  berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan sokongan moral dari rakan-rakan yang lain. Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Setelah melakukan pelbagai aktiviti di sana, kami bergerak pulang ke hotel pada jam 2.00 petang. Seterusnya, ,Modul 4 dan Modul 5 dijalankan di mana di dalam Modul 4 para fasilitator memberi tugasan kepada kami mereka satu robot atau alat teknologi yang mampu memberi khidmat kepada manusia serta menerangkan tentang kelebihan-kelebihan robot tersebut.  Modul tersebut mengasah minda kami untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Manakala, pada Modul Ke-5 pula, kami dibahagikan mengikut unit masing-masing dan ditinggalkan di tengah pekan Batu Feringghi untuk menjalankan kerja di kedai-kedai dengan kadar upah tertentu. Tugas utama dalam tugasan tersebut ialah kami dikehendaki membawa pulang RM50 dalam masa dua jam, jika tidak kami tidak akan mampu pulang ke hotel semula. Tugasan dalam modul tersebut banyak melatih diri para peserta tentang nilai-nilai kepimpinan dalam pasukan, sikap toleransi, kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam satu pasukan dan sebagainya. Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan menjayakan   tugasantersebut walaupun ada kumpulan yang pulang lewat kerana gagal mendapatkan RM50 dalam masa yang ditetapkan. Pada malamnya pula, kami bersama para fasilitator berkongsi cerita tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui pada petang sebelumnya. Dalam masa yang sama, kami juga menimati BBQ yang disediakan. Beberapa persembahan turut dipersembahkan bagi menyerikan suasana pada malam esok. 

Keesokkan harinya, pada 5 September, kami memulakan hari dengan riadah yang diketuai oleh Izham. Selepas itu, kami bersarapan serta melakukan persiapan untuk majlis penutup. Majlis penutup dijalankan pada jam 10.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Ismail selaku Penasihat Student Community Law Club.  Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenang-kenangan. Tepat jam 11.30 pagi, kami mengemas barang untuk pulang dan bertolak pulang ke UiTM Shah Alam. Secara konklusinya, teambuilding yang dijalankan memberi pelunag kepada setiap dari kami merapatkan ukhuwah antara kami dan secara tidak langsung rasa kasih sayang dalam satu pasukan berjaya dipupuk.

Laporan disediakan oleh : Nur Firzana Izzati binti Suhaimi











24 November 2014

SAF Kepimpinan SCLC Ke - 9






Majlis Tertinggi



Nazreen bin Zabarudin - Presiden & Naib Presiden Unit Akademik dan Latihan.



Nik Nuraisya bt Nik Badrul Azahar  - NaIb Presiden 1 & Naib Presiden Unit Pentadbiran. 



Nurul Hanani bt Ahmad  - Naib Presiden 2 & Naib Presiden Unit Perhubungan dan Komunikasi. 



Unit Pentadbiran 


Siti Nur Hazwani bt Rosli  - Setiausaha



Humairah bt Mohd Farudz  - Bendahari



Nor Farah Azira bt Haman - Juruaudit



Nor Syafiqah bt Suleiman  - Exco Kerohanian dan Kebajikan



Unit Akademik & Latihan


Nuur Izham bin Ismail  - Exco Akademik & Latihan



Mohd Ozier Farhan - Exco Pembangunan Sosial & Kebajikan Rakyat



Siti Aisyah Munirah bt Roslan  -Exco Kajian & Penyelidikan



Unit Perhubungan & Komunikasi


Muhammad Amin bin Othman - Exco Perhubungan & Korporat



Wan Imaan bin Wan Iskandar - Exco Mulrimedia & Publisiti



Nur Firzana Izzati bt Suhaimi - Exco Penajaan 

08 June 2014

Kata-Kata Penutup daripada Majlis Tertinggi SCLC 2013/2014

http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Wan Nashitah Binti Othman
Presiden SCLC 2013/2014

'Keluarga' - Satu perkataan yang terlintas di fikiran selepas saya pertama kali menyertai program Solat Hajat dan Potluck SCLC, kira-kira tiga tahun lalu, iaitu sewaktu saya baru mendaftar sebangai pelajar semester 1 Asasi Undang-Undang. Keramahan senior mengajak saya untuk terus-menerus menyertai program anjuran kelab ini.

Malah, saya masih ingat salah seorang senior SCLC, Kak Hidayah Yazid yang ketika itu pelajar semester 5 BLS bertanya tentang pelajaran malah membantu kami yang terkapai-kapai menyiapkan assignments. Saya akui berasa terharu dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk mereka. Hubungan sesama kami bukan sekadar senior-junior untuk program kelab semata-mata, tetapi sebagai sahabat terbaik yang saling bantu-membantu dalam setiap aspek kehidupan.

Program-program SCLC juga telah mengajar saya erti perkongsian, saling memberi, ikhlas dan volunteerism. SCLC telah menjadi medium untuk saya memperoleh pengalaman baru yang mana melalui program-programnya, saya mengunjungi Sekolah Henry Gurney, menjadi anak angkat di Kampung Pasir Salak, beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim Rohingya malah menjadi salah seorang penggerak program-program tersebut. Ilmu dan pengalaman yang ditimba serta kepuasan yang diperolehi menjadikan saya terlalu sayang kepada kelab ini.

Saya harap amanah yang diberi kepada saya untuk memegang jawatan tertinggi dalam SCLC telah saya laksanakan dengan sebaik-baiknya. Saf kepimpinan ke-8 yang lalu, alhamdulillah, masih meneruskan legasi SCLC yang sentiasa menyumbang bakti kepada komuniti dengan semangat sepasukan dan kekeluargaan. Family, Ohana, Usrah, Pamilya, Famille, Familia dan Keluarga ialah perkataan yang dipilih untuk menghuraikan hubungan di antara ahli dan semoga jalinan ini berkekalan. #tilljannah

Thanks for all the greatest moments. My life is colourful with experience, knowledge and love from SCLC's family. Good luck for SAF 9, all of you are the best and have been chosen to continue the SCLC's legacy to serve the community. I will always by your side to help and be with you during your hard times, because that is the purpose of being a family. -- How lucky I am to know someone who was so hard to say goodbye to.

Wallahualam.