Wan Nashitah Binti OthmanPresiden SCLC 2013/2014
'Keluarga' - Satu perkataan yang terlintas di fikiran selepas saya pertama kali menyertai program Solat Hajat dan Potluck SCLC, kira-kira tiga tahun lalu, iaitu sewaktu saya baru mendaftar sebangai pelajar semester 1 Asasi Undang-Undang. Keramahan senior mengajak saya untuk terus-menerus menyertai program anjuran kelab ini.
Malah, saya masih ingat salah seorang senior SCLC, Kak Hidayah Yazid yang ketika itu pelajar semester 5 BLS bertanya tentang pelajaran malah membantu kami yang terkapai-kapai menyiapkan assignments. Saya akui berasa terharu dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk mereka. Hubungan sesama kami bukan sekadar senior-junior untuk program kelab semata-mata, tetapi sebagai sahabat terbaik yang saling bantu-membantu dalam setiap aspek kehidupan.
Program-program SCLC juga telah mengajar saya erti perkongsian, saling memberi, ikhlas dan volunteerism. SCLC telah menjadi medium untuk saya memperoleh pengalaman baru yang mana melalui program-programnya, saya mengunjungi Sekolah Henry Gurney, menjadi anak angkat di Kampung Pasir Salak, beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim Rohingya malah menjadi salah seorang penggerak program-program tersebut. Ilmu dan pengalaman yang ditimba serta kepuasan yang diperolehi menjadikan saya terlalu sayang kepada kelab ini.
Saya harap amanah yang diberi kepada saya untuk memegang jawatan tertinggi dalam SCLC telah saya laksanakan dengan sebaik-baiknya. Saf kepimpinan ke-8 yang lalu, alhamdulillah, masih meneruskan legasi SCLC yang sentiasa menyumbang bakti kepada komuniti dengan semangat sepasukan dan kekeluargaan. Family, Ohana, Usrah, Pamilya, Famille, Familia dan Keluarga ialah perkataan yang dipilih untuk menghuraikan hubungan di antara ahli dan semoga jalinan ini berkekalan. #tilljannah
Thanks for all the greatest moments. My life is colourful with experience, knowledge and love from SCLC's family. Good luck for SAF 9, all of you are the best and have been chosen to continue the SCLC's legacy to serve the community. I will always by your side to help and be with you during your hard times, because that is the purpose of being a family. -- How lucky I am to know someone who was so hard to say goodbye to.
Wallahualam.
Azzahra Binti RosleeTimbalan Presiden SCLC 2013/2014
Salam & greetings everyone! Hello, thank you for dropping by.
THIS-IS-THE-MOMENT of your life to get closer to us!
What are you doing here? Yes, that’s what we’re looking for – Your urge of wanting to know what we are, what do we do, what is so interesting about us?
Afraid not, get your snacks and pillow, it’s time to stalk SCLC!
In SCLC, you’ll learn about pressure-work-timemanagement-foods-discipline-friendship-hardship-groupwork-workinateam-lawschool-life.
I never regret to be part of the team. Much that I’ve learned, that it makes me sad to think that I’m about to finish law school soon.
“Seek (beneficial) knowledge, because seeking it for the sake of Allah is worship. And knowing it makes you more God-fearing; and searching for it is jihad, teaching it to those who do not know is charity, reviewing and learning it more is like tasbeeh. Through knowledge Allah will be known and worshiped.” Ibn Taymiyyah.
SCLC will help you to explore & discover new things! Lakukan sesuatu dengan niat kerana Allah s.w.t, insyaAllah setiap sesuatu yang kita lakukan akan mendapat keberkatan :D
Enjoy what you do, and then the happiness will come to you!
Siti Nurlina Binti Mohd SallehhudinSetiausaha Agung SCLC 2013/2014
'Sehari Bersama SCLC' merupakan program pertama SCLC yang saya sertai. Saya hanyalah seorang pelajar asasi pada masa itu. Memang blur. First time join program di universiti. My first impression kat pogram tu is -- family concept. Memang tak rasa langsung the gap between junior dengan senior. Mase tu, semua fasi memang baik dan happening -- best gila!
Semasa di semester 3 dan 4, saya diberi peluang untuk memegang jawatan Timbalan Presiden di SCLC. It such a great experience -- sangat banyak yang saya belajar especially the tactics and techniques in dealing with people. Di semester 5 dan 6 yang lepas, sekali lagi saya diberi peluang untuk berbakti di SCLC sebagai Setiausaha Agung.
Sepanjang saya bersama SCLC, slogan "WE ARE A FAMILY" memang sangat sesuai memandangkan semua ahli SCLC adalah sebuah keluarga yang sangat besar. Antara penarik utama SCLC ialah aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan yang kami ketengahkan. Kami mendekati pelbagai golongan yang selama ini tidak dipedulikan. Sambil kami melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama mereka, kami juga akan memberikan ilmu undang-undang yang basic yang telah kami pelajari.
Satu lagi slogan SCLC yang sentiasa di hati kami ialah "WE DO WHAT WE LOVE, WE LOVE WHAT WE DO". Akhir kata, SCLC adalah satu kelab yang sangat berbeza kerana kami banyak mendekati masyarakat secara informal dan dalam masa yang sama ikatan kekeluargaan antara ahli menjadi kepentingan kami. SCLC : "WE COME TO HELP"
Megat Mohd Shauqi Bin Megat YahyaBendahari Kehormat SCLC 2013/2014
Saya telah menyertai SCLC semenjak pertengahan semester 1. Saya pertama kali menyertai program SCLC bukan setakat sebagai peserta saja, tapi sebagai AJK Tugas-Tugas Khas untuk program Obesity Awareness Campaign. Walaupun baru saja menyertai SCLC, saya terus dijadikan sebagai ahli jawatankuasa! Dari situ saya mengenali semua senior-senior, yang saya jangkakan di fakulti ini, senior dan junior jarang untuk berkawan.
Tapi apabila melihat kemesraan antara senior dan junior dalam SCLC, saya terus berminat untuk menyertai SCLC sepenuhnya. Dan saya gembira bila menyertai SCLC kerana saya dapat merasai hubungan kekeluargaan dalam SCLC, seperti yang selalu disebut "SCLC, We Are Family".
Walaupun SCLC mempunyai saf kepimpinan, tapi jawatan itu sekadar pada nama, kerana dalam SCLC, jawatan sebenar yang ada hanyalah abang, kakak dan adik.
SCLC adalah kelab yang berbeza berbanding kelab lain kerana ia memfokuskan aktiviti khidmat komuniti. Sebagai pelajar jurusan undang-undang yang sememangnya dipandang tinggi oleh orang ramai, kita turun ke lorong-lorong gelap untuk merasai kesusahan, kepahitan, keperitan masyarakat yang berada di bawah, sambil menyampaikan ilmu dan pengajaran serta semangat kepada mereka.
Dibina atas tiga tiang - pengajaran undang-undang, keusahawanan sosial dan kesukarelaan, SCLC sebenarnya berdiri di atas tapak asas -- melakukan semuanya dengan niat kerana Allah, untuk membantu mereka di sekeliling kita.
Saya berharap kita dapat menjaga ukhuwwah (hubungan) antara kita tanpa melanggar batas syariat yang ditetapkan. Kita bergerak untuk membantu orang di sekeliling, tapi sebelum membantu orang, kita harus membantu diri kita dulu - dengan mematuhi syariat Islam.
SCLC, We Are Family, We Come To Help, with the niat Lillahitaala.
Nurul Huda binti RozlanNaib Presiden Unit Pentadbiran SCLC 2013/2014
Bismillahirrahmanirrahim,
Kehadapan adik-adik yang kak Huda sayangi,
So, hmm how have you guys been doing this semester? Bolehlah~ - Not bad – atau teruk yang amat? Harapnya tak kira apa pun jawapan kita semua, kita still boleh bergelak tawa, menjalani kehidupan macam biasa dan bersikap positif. Ingat, manusia hanya mampu merancang, Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan.
Pernah fikir tak, apa tujuan kita hidup di dunia ni? Dalam al-Quran ada cakap, manusia diciptakan untuk: (1) beribadah kepadaNya; dan (2) menjadi khalifah. Matlamat kita sebagai orang Islam hanya satu, mencapai redha Allah. Untuk mencapai matlamat tersebut, ada banyak caranya. Ibadah tu subjektif. Tak semestinya dengan duduk atas tikar sejadah 24 jam semata-mata. Belajar – berprogram – membantu orang sekeliling – senyum – apa pun yang kita buat selagi niat kerana Allah akan jadi ibadah. InsyaAllah.
Sama juga dengan peranan kita sebagai khalifah. Sebelum memimpin, kita terlebih dahulu kena memimpin diri sendiri. Macam mana tu? Dengan belajar, belajar dan belajar. Di SCLC, saya belajar banyak perkara. Belajar macam mana nak buat program – belajar memperbaiki diri sendiri - belajar macam mana nak bercakap dengan orang – belajar macam mana nak cari dana – belajar ambil tahu hal ehwal semasa dan baaaanyak lagi.
SCLC juga tempat bermanja saya – rumah kedua saya – tempat buat kawan – tempat bergelak tawa – tempat berkongsi duka – tempat bergaduh - pendek kata, semuanyaaa lah. Kami di SCLC dah macam family. Berperang mulut, bertengkar, bergurau senda, berkongsi cerita, makan sama-sama, tidur sebantal semua tu perkara biasa.
Hidup ni bukan semata-mata untuk mencapai cita-cita, pergi library belajar 24 jam. Makna hidup, lebih dari tu. Di SCLC, kami cuba memberi dan berkongsi apa yang kami ada. Pendidikan – sumbangan wang atau dana – ilmu agama – solusi masalah – tips, apa pun yang dapat kami kongsi, kami akan kongsi. Matlamat kami, kebahagiaan orang lain dan keredhaan Allah. So, apa tunggu lagi? Jadikan SCLC sebagai alat untuk kita sama-sama mendapat saham di akhirat sanaaa. (Y)
Jadi, tahniah di atas pelantikan anda semua. Terima kasih sebab sudi menjadi pengganti bagi menyambung legasi SCLC yang kami tinggalkan.
Selamat meneruskan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas atas amanah yang diberikan. Hargai dan buktikan pada orang lain yang kami tidak salah memilih anda.
Kak Huda harap, awak semua dapat bersatu-padu, sama sama menjaga SCLC. Untuk exco exco lama, sayangi adik-adik awak. Dan untuk exco exco baru, hormati exco lama, belajar daripada mereka.
Sematkan dalam hati nasihat alumni-alumni. Sentiasa jaga dan perbaharui niat. Kerana apa awak bekerja? Lillahi ta'ala.
Semoga ukhwah di antara kita tetap utuh. Kalau jumpa senior, tegur tegur okay. kami sentiasa ada di belakang awak semua.
Selamat meneruskan perjuangan. Good luck!
Ahmad Aliff bin MashuriNaib Presiden Unit Latihan & Akademik SCLC 2013/2014
Yang patah, tumbuh. Yang hilang, berganti. Alhamdulillah. Tiga tahun bersama SCLC merupakan satu anugerah yang selamanya akan saya syukuri. Kelesuan dunia hitam putih pengajian undang-undang saya diwarnai dengan sejuta warna keceriaan dan pengalaman.
SCLC menyediakan satu koridor dari satu sudut yang lebih realistik, untuk belajar dan memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih berguna untuk masyarakat dan agama. Tak ada perkara yang lebih menyeronokkan daripada membuat orang lain gembira. Hidup kan untuk memberi.
Buat adik-adik yang dipilih oleh Allah SWT untuk meneruskan legasi kepimpinan SCLC, terima kasih kerana masih setia bersama SCLC. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan keterlanjuran sepanjang saya bersama kamu semua di SCLC. Teruskan semangat dan niat murni kamu semua untuk membantu masyarakat. Pelihara hubungan baik dengan semua ahli keluarga SCLC dan FUU.
Kita semua berbeza. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan. Raikan perbezaan, agar kita semua dapat lebih menghargai satu sama lain. Apa jua posisi kamu dalam SCLC, di mata Allah, kita semua sama.
SCLC cuma sediakan ruang dan kami tinggalkan kepada kamu semua satu lembaran baru untuk kamu semua corakkan. Kami sentiasa ada untuk membantu sekiranya diperlukan.
Selamat maju jaya!
Nor'alia Fathanah binti Mohd SallehNaib Presiden Unit Komunikasi SCLC 2013/2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Segala permulaan, pasti ada pengakhirannya. Kerana dunia ini sementara, akhirat sana kekal abadi. Alhamdulillah, selesai sudah semua program-program SCLC bagi sesi 2013/2014.
Saya, bagi pihak SCLC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta-peserta yang mengikuti program-program SCLC selama ini. Tahniah dan syabas kepada exco-exco SCLC sesi 2013/2014.
Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan kami sepanjang menjalankan program. Maaf atas segala kekurangan dari pihak komunikasi SCLC atas segala kelewatan informasi atau tersalah kata dalam menyampaikan sesuatu. Saya harap, moga coretan-coretan di blog ini berguna pada masa akan datang.
It's been a hectic yet wonderful journey. A lot of ups and downs, all the tears and the laughter. Worth it. I love each and every one of you! You guys are the reason why being in law school's not so bad after all. ;) Thank you SCLC for the experience, knowledge and love.
Sekian, dengan rasminya, kami selaku Majlis Tertinggi SCLC 2013/2014 mengundur diri. Congrats and all the best to our brothers and sisters! Love what you do, do what you love. Never give up and have faith. Be patient, patient and patient. Moga apa yang kita lakukan memberi manfaat kepada orang lain dan moga kita mendapat saham di akhirat. Moga SCLC kekal maju ke hadapan dan moga ukhuwah kita sampai ke Sana. :D
Tahniah... pencapai yang hebat dan pemimpin yang hebat2....
ReplyDelete