26 August 2015

SCLC FIESTA

 
 
SCLC FIESTA : VOSELT 2015
Tarikh : 16 Mei 2015
Lokasi : Fakulti Undang-Undang

 Pengarah Program : Nuur Izham b Ismail

Objektif :

1) Menyediakan medium untuk para peserta memahami dan menghayati falsafah dan konsep kesukarelawanan, keusahawanan sosial dan pengajaran undang-undang.

2) Meluaskan pengetahuan para peserta tentang peranan dan sumbangan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam kegiatan berteraskan VOSELT

3) Mendidik para peserta tentang cabaran dan impak pelaksanaan VOSELT dalam konteks sosial dan seterusnya menggalakkan pembabitan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan

4) Membina rangkaian sesama peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi terpilih


Ringkasan Program :

VOSELT merupakan singkatan kepada Volunteerism, Social Enterpreneurship dan Legal Teaching. VOSELT adalah sub-program kepada program utama SCLC iaitu SCLC Fiesta. Jumlah sasaran bagi program ini ialah seramai 150 peserta yang melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang kerana mereka terdiri daripada pelajar berlainan kursus dan umur. VOSELT15 meneliti mekanisme terbaik untuk memastikan penyampaian dan penyaluran objektif dan pembelajaran yang lebih efektif dan proaktif kepada para peserta. Lantaran itu, selain darpada sesi 'sharing' bersama tetamu jemputan, turut diadakan Pitching Workshop agar peserta boleh memahami dengan lebih mendalam tentang misi dan visi sesebuah organisasi itu. Semasa pitching workshop, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa bengkel yang dikelolakan oleh organisas pilihan. Mereka didedahkan dengan situasi yang boleh mendorong mereka untuk memberi cetusan idea yang bernas dan kreatif dalam kalangan mereka. SCLC VOSELT 15 telah dilihat sebagai satu wadah untuk para professional bidang VOSELT menyampaikan ilmu dan membuka peluang kepada para peserta untuk memahami tiga teras tersebut yang sebegitu berkait rapat dengan keadaan sosial masa kini.

Antara Penyampai bagi Sharing Session ialah wakil daripada PERTIWI, Hong Leong Foundation, myHarapan dan Yayasan Chow Kit manakala pengelola bengkel yang dijemput ialah Befrienders, Englishjer dan Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor.







 

SCLC's ZOOLUNTEER

 
 

Tarikh : 1 Mei 2015
Lokasi : Melaka Zoo & Night Safari
Pengarah Program : Mohd Amin bin Othman

Objektif :

1) Memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar
2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pemeliharaan haiwan yang semakin terancam
3) Menyemai perasaan perikemanusiaan antara insan dengan alam sekitar

Ringkasan Program
 
Program Zoolunteer telah diadakan pada 1 Mei 2015 di Melaka Zoo & Night Safari yang melibatkan 60 orang peserta daripada pelajar Fakulti Undang-Undang. Melalui program ini, ia menjadi sebuah platform bagi para pelajar merasai pengalaman menjalankan aktiviti sukarelawan yang melibatkan haiwan seperti membersihkan kandang haiwan, memberi makan dan banyak lagi. Program ini juga dilihat dapat mempromosikan prinsip asas SCLC iaitu kesukarelawanan dan khidmat masyarakat. Program ini juga dapat dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memelihara haiwan terancam. Selain daripada melakukan aktiviti pembersihan, para peserta turut diberikan hiburan semasa animal show dan dibawa bersiar siar ke sekitar zoo untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang haiwan. Meskipun kepenatan, para peserta mendapat pelbagai manfaat yang mungkin tidak boleh diperolehi selain di program Zoolunteer. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa mendatang dan mendapat sambutan daripada para pelajar.
 

 












OHANA II : Down Memory Lane





Tarikh : 14 Mac 2015
Lokasi : Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak
Pengarah Program : Nur Syafiqah bt Suleiman

Objektif
 
1) Memberi pengenalan lebih mendalam tentang matlamat dan objektif Student Community Law Club kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Fakulti Undang-Undang
2)  Merapatkan silaturrahim antara peserta dan ahli kelab SCLC melalui aktiviti yang diadakan
3)  Menarik minat pelajar baru untuk menyertai kelab SCLC
 
 
Ringkasan Program
 
Program Ohana : Down Memory Lane merupakan program Ohana siri ke-2 bagi Saf 9 Student Community Law Club. Program ini dirasakan telah mencapai objektifnya apabila para peserta kebanyakkannya memberikan respons yang positif dan bertambah minat mereka terhadap teras utama SCLC. Ohana II telah berlangsung pada 14 Mac 2015 selama 2 hari 1 malam dengan berkonsepkan perkhemahan sambil ditemani bunyi aliran air sungai yang sangat menenangkan. Apa yang menariknya mengenai program ini ialah tema Down Memory Lane, di mana modul-modul dan 'games' yang diadakan bertujuan untuk mengembalikan memori sewaktu kecil. Antara permainan yang dilangsungkan adalah 'tali skipping', batu seremban, merentasi halangan berlumpur dan iklan wajah. Terlihat riak gembira dan puas hati di wajah para peserta seusainya program ini. Program Ohana Down Memory Lane diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada peserta .Jelas terukir wajah kegembiraan dalam kalangan peserta sepanjang program ini berlangsung dan berharap bahawa mereka membawa balik kenangan yang manis dari program ini .
 





 


 

 

25 February 2015

SCLC's Here Comes the Sun



Tarikh: 22 November 2014
Lokasi: KL Krash Pad, Chow Kit
Pengarah Program: Aisyah Roslan

Objektif
1.Mengadakan pelbagai aktiviti bersama kanak - kanak di KL Krash Pad bagi menghiburkan hari mereka serta memperkukuhkan silaturahim.
2. Memberikan semangat dan motivasi agar mereka meneruskan usaha untuk maju jaya dalam kehidupan.
3.Memberikan sumbangan dan perkongsian ilmu dalam bentuk 'legal teaching'.

Ringkasan Program.

            Program Here Comes the Sun merupakan program 'Legal Teaching' bersama kanak - kanak di KL Krash Pad bersesuaian dengan tiga tunjang utama SCLC iaitu Legal Teaching, Social Entrepreneurship dan Volunteerism. Here Comes the Sun digunakan sebagai nama program ini bertepatan dengan objektif utama program iaitu untuk memberikan perkongsian atau 'pencerahan' mengenai isu - isu berkaitan dengan undang - undang antaranya ialah isu gelandangan atau 'homelessness' dan isu - isu am mengenai undang - undang di Malaysia. Program sehari ini bermula daripada jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang. Pihak penganjur iaitu SCLC UiTM telah berjaya dalam misinya untuk memberikan sedikit keceriaan kepada penghuni KL Krash Pad dengan mengadakan pelbagai aktiviti. Di samping itu, pihak penganjur juga telah berjaya dalam menitipkan sedikit kata-kata semangat kepada mereka yang mana dalam kalangan mereka terdapat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian sedikit sumbangan daripada pihak SCLC UiTM kepada penghuni KL Krash Pad. Justeru, program seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap lagi kerana perkongsian ilmu terutamanya dalam isu undang - undang amatlah penting dalam kalangan masyarakat. Sebagai mahasiswa undang - undang , adalah menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi ilmu undang - undang kepada masyarakat supaya masyarakat peka tentang hak mereka yang telah termaktub dalam undang - undang negara. 









SCLC's Little Smiles




Tarikh: 22 Oktober 2014
Lokasi: Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bangi, Selangor.
Pengarah Program: Humairah binti Mohd Farudz

Objektif

1.Mengadakan pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim Darul Izzah bagi memberikan sedikit keceriaan dan keseronokan kepada mereka.
2. Memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak yatim Darul Izzah agar mereka dapat menggapai kejayaan sehingga ke menara gading.
3. Menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak rumah anak-anak yatim Darul Izzah bagi meringankan beban mereka.

Ringkasan Program

            Program Little Smiles merupakan program sehari bersama anak-anak yatim Darul Izzah. Little Smiles yang bermaksud senyuman kecil telah digunakan sebagai nama program ini bertepatan dengan objektif utama program iaitu untuk melakarkan sedikit senyuman di wajah anak-anak yatim Darul Izzah di mana kita semua sedia maklum bahawa anak yatim merupakan golongan yang telah kehilangan ibu atau ayah pada usia minoriti. Program sehari ini bermula daripada jam 10 pagi sehingga jam 5 petang. Pihak penganjur iaitu SCLC UiTM telah berjaya dalam misinya untuk memberikan sedikit keceriaan kepada penghuni Darul Izzah dengan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti sukaneka. Di samping itu, pihak penganjur juga telah berjaya dalam menitipkan sedikit kata-kata semangat kepada mereka yang mana dalam kalangan mereka terdapat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang besar seperti PMR dan SPM. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian sedikit sumbangan daripada pihak SCLC UiTM kepada penghuni Darul Izzah. Justeru, program seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap lagi agar para mahasiswa dan mahasiswi lebih peka terhadap nasib yang menimpa golongan anak-anak yatim seterusnya sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dengan memberikan sedikit bantuan dari segi kewangan, kebendaan dan juga kata-kata semangat.

Laporan disediakan oleh : Nazreen Zabarudin