25 February 2015

Teambuilding Student Community Law Club SAF ke-9




Tarikh : 3 September 2014 ( Rabu) -5 September 2014 (Jumaat)
Lokasi : Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Pengarah Program : Nurul Hanani binti Ahmad

Objektif

1. Mengukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang akan bekerjasama sepanjang sesi 2014/2015
2. Menerapkan kepentingan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menerajui tampuk kepimpinan kelab yang berkhidmat untuk komuniti.
3.  Melahirkan pemimpin yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang terpuji serta efisien dalam menjalankan tanggungjawab.

Ringkasan program

Pada 3 September, seramai 13 ahli jawatankuasa, 4 fasilitator diiringi oleh Penasihat kami, Encik Ismail berkumpul seawal 7.00 pagi di perhentian bas Perindu. Pengarah projek kami iaitu Saudari Hanani Ahmad telah memberi sedikit taklimat ringkas tentang program yang bakal kami lakukan.  Bas kami bertolak sekitar pukul 8.00 pagi dan kami telah sampai ke lokasi program dengan selamat pada pukul 1.30 tengah hari. Ketibaan kami di Hotel & Resort Sportsfishing PNK, Teluk Bahang disambut oleh Puan Rafidah, wakil dari resort tersebut. Selepas itu, kami menjamu selera dan menunaikan solat berjemaah. Tepat jam 3.00 petang, kami memulakan aktiviti pertama kami dengan menaiki bot ke Monkey Beach, Pulau Pinang. Di sana, kami melakukan sesi ice breaking yang diketuai oleh para fasilitator yang terdiri daripada  alumni Student Community Law Club. Sesi ice breaking tersebut memberi peluang kepada setiap dari kami untuk mengenali diri sesama ahli jawatankuasa dengan lebih dekat lagi. Kami pulang ke hotel pada pukul 6.00 petang dan menikmati makan malam. Pada malamnya pula, Modul 2 dan 3 dijalankan. Kedua dua modul tersebut mengajar kami tentang perspektif individu terhadap individu lain. 

Pada keesokkan harinya pula, seawal jam 7.30 pagi, kami telah bertolak ke Escape Park, Pulau Pinang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti Monkey Business, wall climbing dan lain lain lagi. Walaupun aktiviti-aktiviti di Escape Park agak mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental setiap peserta, kami selaku bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui SCLC  berjaya mengharungi cabaran tersebut dengan sokongan moral dari rakan-rakan yang lain. Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Setelah melakukan pelbagai aktiviti di sana, kami bergerak pulang ke hotel pada jam 2.00 petang. Seterusnya, ,Modul 4 dan Modul 5 dijalankan di mana di dalam Modul 4 para fasilitator memberi tugasan kepada kami mereka satu robot atau alat teknologi yang mampu memberi khidmat kepada manusia serta menerangkan tentang kelebihan-kelebihan robot tersebut.  Modul tersebut mengasah minda kami untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Manakala, pada Modul Ke-5 pula, kami dibahagikan mengikut unit masing-masing dan ditinggalkan di tengah pekan Batu Feringghi untuk menjalankan kerja di kedai-kedai dengan kadar upah tertentu. Tugas utama dalam tugasan tersebut ialah kami dikehendaki membawa pulang RM50 dalam masa dua jam, jika tidak kami tidak akan mampu pulang ke hotel semula. Tugasan dalam modul tersebut banyak melatih diri para peserta tentang nilai-nilai kepimpinan dalam pasukan, sikap toleransi, kesabaran dalam menghadapi dugaan dalam satu pasukan dan sebagainya. Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan menjayakan   tugasantersebut walaupun ada kumpulan yang pulang lewat kerana gagal mendapatkan RM50 dalam masa yang ditetapkan. Pada malamnya pula, kami bersama para fasilitator berkongsi cerita tentang pengalaman dan cabaran yang dilalui pada petang sebelumnya. Dalam masa yang sama, kami juga menimati BBQ yang disediakan. Beberapa persembahan turut dipersembahkan bagi menyerikan suasana pada malam esok. 

Keesokkan harinya, pada 5 September, kami memulakan hari dengan riadah yang diketuai oleh Izham. Selepas itu, kami bersarapan serta melakukan persiapan untuk majlis penutup. Majlis penutup dijalankan pada jam 10.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Ismail selaku Penasihat Student Community Law Club.  Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenang-kenangan. Tepat jam 11.30 pagi, kami mengemas barang untuk pulang dan bertolak pulang ke UiTM Shah Alam. Secara konklusinya, teambuilding yang dijalankan memberi pelunag kepada setiap dari kami merapatkan ukhuwah antara kami dan secara tidak langsung rasa kasih sayang dalam satu pasukan berjaya dipupuk.

Laporan disediakan oleh : Nur Firzana Izzati binti Suhaimi











24 November 2014

SAF Kepimpinan SCLC Ke - 9






Majlis Tertinggi



Nazreen bin Zabarudin - Presiden & Naib Presiden Unit Akademik dan Latihan.



Nik Nuraisya bt Nik Badrul Azahar  - NaIb Presiden 1 & Naib Presiden Unit Pentadbiran. 



Nurul Hanani bt Ahmad  - Naib Presiden 2 & Naib Presiden Unit Perhubungan dan Komunikasi. 



Unit Pentadbiran 


Siti Nur Hazwani bt Rosli  - Setiausaha



Humairah bt Mohd Farudz  - Bendahari



Nor Farah Azira bt Haman - Juruaudit



Nor Syafiqah bt Suleiman  - Exco Kerohanian dan Kebajikan



Unit Akademik & Latihan


Nuur Izham bin Ismail  - Exco Akademik & Latihan



Mohd Ozier Farhan - Exco Pembangunan Sosial & Kebajikan Rakyat



Siti Aisyah Munirah bt Roslan  -Exco Kajian & Penyelidikan



Unit Perhubungan & Komunikasi


Muhammad Amin bin Othman - Exco Perhubungan & Korporat



Wan Imaan bin Wan Iskandar - Exco Mulrimedia & Publisiti



Nur Firzana Izzati bt Suhaimi - Exco Penajaan 

08 June 2014

Kata-Kata Penutup daripada Majlis Tertinggi SCLC 2013/2014

http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Wan Nashitah Binti Othman
Presiden SCLC 2013/2014

'Keluarga' - Satu perkataan yang terlintas di fikiran selepas saya pertama kali menyertai program Solat Hajat dan Potluck SCLC, kira-kira tiga tahun lalu, iaitu sewaktu saya baru mendaftar sebangai pelajar semester 1 Asasi Undang-Undang. Keramahan senior mengajak saya untuk terus-menerus menyertai program anjuran kelab ini.

Malah, saya masih ingat salah seorang senior SCLC, Kak Hidayah Yazid yang ketika itu pelajar semester 5 BLS bertanya tentang pelajaran malah membantu kami yang terkapai-kapai menyiapkan assignments. Saya akui berasa terharu dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya dedikasikan untuk mereka. Hubungan sesama kami bukan sekadar senior-junior untuk program kelab semata-mata, tetapi sebagai sahabat terbaik yang saling bantu-membantu dalam setiap aspek kehidupan.

Program-program SCLC juga telah mengajar saya erti perkongsian, saling memberi, ikhlas dan volunteerism. SCLC telah menjadi medium untuk saya memperoleh pengalaman baru yang mana melalui program-programnya, saya mengunjungi Sekolah Henry Gurney, menjadi anak angkat di Kampung Pasir Salak, beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim Rohingya malah menjadi salah seorang penggerak program-program tersebut. Ilmu dan pengalaman yang ditimba serta kepuasan yang diperolehi menjadikan saya terlalu sayang kepada kelab ini.

Saya harap amanah yang diberi kepada saya untuk memegang jawatan tertinggi dalam SCLC telah saya laksanakan dengan sebaik-baiknya. Saf kepimpinan ke-8 yang lalu, alhamdulillah, masih meneruskan legasi SCLC yang sentiasa menyumbang bakti kepada komuniti dengan semangat sepasukan dan kekeluargaan. Family, Ohana, Usrah, Pamilya, Famille, Familia dan Keluarga ialah perkataan yang dipilih untuk menghuraikan hubungan di antara ahli dan semoga jalinan ini berkekalan. #tilljannah

Thanks for all the greatest moments. My life is colourful with experience, knowledge and love from SCLC's family. Good luck for SAF 9, all of you are the best and have been chosen to continue the SCLC's legacy to serve the community. I will always by your side to help and be with you during your hard times, because that is the purpose of being a family. -- How lucky I am to know someone who was so hard to say goodbye to.

Wallahualam.

07 June 2014

9th Annual General Meeting SCLC

Tarikh : 7 Jun 2014
Tempat : Cempaka 2, Law Faculty, Uitm Shah Alam
Masa : 9.00 Pagi ~ 2.00 Petang
Pengarah Program : Siti Nurlina Mohd Sallehhudin
Tahniah Saf Kepimpinan SCLC Kali Ke-9! Good luck & all the best! Betulkan niat kerana Allah & do have fun! 



 Terima kasih Saf Kepimpinan SCLC Kali Ke-8! Good time come and go, but the memory last forever. :')



Gambar penuh program di SINI.

06 June 2014

Majlis Penganugerahan, Bacaan Yaasin & Solat Hajat SCLC

Program : Majlis Penganugerahan, Bacaan Yaasin & Solat Hajat SCLC
Tarikh : 6/6/2014
Masa : 7pm - 10pm
Tempat : Fakulti Undang-Undang UiTM

Program terakhir sebelum berlangsungnya AGM pada esok hari. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Tahniah Siti Nurlina Mohd Sallehhudin selaku ketua program ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin dan kemudian solat hajat. Kami menjemput semua peserta-peserta yang telah menyertai mana-mana program SCLC sebelum ini. Berkonsepkan potluck, jadi ramai yang ingin tunjuk skill memasak masing-masing nampaknya. Calon menantu mithali. :P

Pihak Majlis Tertinggi telah menyediakan hadiah kepada setiap pengarah program dan juga anugerah kepada beberapa ahli SCLC yang aktif sepanjang dua sem ini. Tahniah kepada semua yang menang!

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir! Semoga kita berjumpa lagi.

Gambar penuh di SINI.