31 July 2013

SCLC menghiasi kolum majalah Dara.com!

Masih ingat lagi Program SCLC Women's Day? Program yang diarahkan oleh Sdr Wan Nashitah Othman yang juga merupakan Presiden SCLC sesi 2013/2014 ini dikhabarkan telah menghiasi salah satu ruangan dalam majalah Dara.com bagi keluaran Ogos 2013.

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/581500_10151542585401398_390076054_n.jpg
Women's Day bersama #Dara.com.

Bersempena dengan program Hari Wanita, Dara.com berkesempatan mengadakan bengkel kecantikan bersama para pelajar UiTM Shah Alam, anjuran Fakulti Undang-Undang. Sesuai dengan konsep Hari Wanita, bengkel separuh hari tersebut yang dihadiri hampir 50 peserta yang sememangnya teruja untuk mendapat ilmu solekan dan penggayaan tudung.

  Dapatkan naskah Dara.com keluaran Ogos 2013 di pasaran sekarang untuk sisipan penuh! Open-mouthed smile

http://distilleryimage5.s3.amazonaws.com/477a7d9ef68d11e2a68422000a1fb163_7.jpg 



25 July 2013

Posters

These are some of the posters for our programs. We are looking for more creative people out there to help us to make more awesome posters in future. Come join us!

2013


10 June 2013

SCLC Annual Grand Meeting 2012/2013

Tarikh : 9 Jun 2013
 Tempat : Cempaka 1, Law Faculty, Uitm Shah Alam
 Masa : 9.00 Pagi ~ 2.00 Petang 

Alhamdulillah acara AGM SCLC yg diadakan di FUU berjalan dengan lancar. Ok first of all, mesti ada yang tertanya-tanya apa bendalah AGM ni, kenapalah nak kena buat AGM ni. AGM ni sebenarnya diadakan utk melantik Majlis Tertinggi dan exco-exco baru untuk menerajui tampuk pimpinan SCLC. Apa pula function mereka yang dilantik ini? Ok, banyak sebenarnya yang mereka boleh buat. Nak dipendekkan cerita, kalau ada mana-mana pelajar yang nak buat program contohnya pergi melawat rumah anak yatim ke, rumah orang asli ke, ataupun buat kerja-kerja sukarela ke, bolehlah berhubung dengan mereka. Kami akan cuba untuk merealisasikan impian anda! Wah gitu ^_^ 

Di sini, saya sertakan wajah-wajah ceria para Majlis Tertinggi dan Exco SCLC. In the future, kalau ada sebarang cadangan, bolehlah merujuk kepada mana-mana muka-muka comel yang anda semua jumpa dalam gambar ni ok. Oh, lupa, yang berdiri dekat microphone tu alumni SCLC, (LLB yo) kalau jumpa dia, tegur je ok. Serious, dia sangat sangat sporting. Panggil abg acap ok.

SCLC Saf Kepimpinan Ke-8

 MAJLIS TERTINGGI : 

Ada 7 orang ahli-ahli Majlis Tertinggi SCLC. MEMPERKENALKAN.....!! (dari kiri, barisan hadapan)

1. Megat Mohd Shauqi Bin Megat Yahya (Bendahari Kehormat)
2. Ahmad Alieff Bin Mashuri (Naib Presiden Unit Akademik & Latihan)
3. Nor’alia Fathanah Binti Mohd Salleh (Naib Presiden Unit Komunikasi)
4. Azzahra Binti Roslee (Timbalan Presiden)
5. Wan Nashitah Binti Othman (Presiden)
6. Nurul Huda Binti Rozlan (Naib Presiden Unit Pentadbiran)
7. Siti Nurlina Binti Mohd Sallehhudin (Setiausaha Agung)

01 June 2013

Program Satu Desa Sejuta Warna 2013

SCLC telah mengadakan sebuah program khidmat masyarakat berkonsepkan program anak angkat yang diberi nama Program Satu Desa Sejuta Warna di Kg Pasir Salak, Perak selama 4 hari 3 malam bermula 24 Mei 2013 hingga 27 Mei 2013 iaitu dari Jumaat hingga Isnin yang lalu.

BANNER (7x3kaki)

Program ini dirangka dengan tujuan untuk memberi pengajaran undang-undang kepada penduduk desa mengenai hak-hak mereka sebagai rakyat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan selain menerapkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan bertunjangkan 3 prinsip utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang (Legal Teaching), kesukarelawanan (Volunteerism) dan keusahawanan sosial (Social Entepreneurship).

19 May 2013

Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Jasin, Melaka

 

431890_10201156839511508_686712516_n

 

Pada 18 Mei 2013, SCLC telah berjaya menganjurkan program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta Siri ke-2 di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam, Jasin, Melaka. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berkahir pada pukul 5.00 petang.

 

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan ahli-ahli SCLC dengan program berbentuk kesukarelawanan selain memberikan sebanyak mungkin pendedahan kepada para penghuni di rumah anak-anak yatim mengenai hak mereka dalam undang-undang dan motivasi.