12 April 2014

Pin It

Widgets

Dari Meja Exco Perhubungan Dalaman : Kita, & Pejalan Kaki.




“Kita tidak mampu hidup seorang. Walau mati hakikatnya bersendirian.
Kita bertemu kerana bersebab. Walau mungkin haluan yang berbeza,
tapi kau dan aku di jalan yang sama”.

Ada saat kita sedang melalui hari yang sangat teruk, hati tertekan, sedang terburu-buru, jiwa sedang kacau, risau dan hilang dalam sedar atau mungkin mengelamun. Ya, sebab dunia tak mudah. Dan tatkala itu, di saat memandu, nak dijadikan asbab dan ceritanya, seorang pejalan kaki melintas. Di sebuah tempat Bernama “zebra crossing”. Apa anda buat? Brek mengejut? Dan hon? Marahkan diri atau mereka?


Dalam keadaan terburu-buru, lambat ke kelas tau kerja, kita kebiasaannya akan lebih cenderung untuk memulaukan pejalan kaki, memecut laju walau melalui komunikasi bukan verbal nya kita memahami lenggang lenggok bahwa mereka akan melintas jalan.

Dan cara mudah, tunjuk muka protes, pandang mereka dengan pandangan tajam, hon atau tekan minyak “tampar” mereka menggunakan deruman enjin dan ada yang lebih teruk, melontar bahasa kesat atau menunjukan jari tengah.

Memandu kereta mahupun menunggang motosikal memerlukan fokus yang padu. Ada kala saat jiwa sedang serabut, kita cenderung untuk berlaku kurang sopan terhadap pengguna jalan raya yang lain, atau terlibat dalam perlakuan yang mementingkan diri dan sebagainya.

Jalan raya bukan tempat untuk melepaskan geram. Atau tempat untuk menjadikannya penyedap rasa untuk bertindak melulu di atas nama “jiwaku gundah gulana”, kerana rata-rata antara kita berada di sana atas pelbagai sebab yang berbeza.

Pejalan kaki mempunyai hak untuk melintas di “zebra crossing”. Penunggang motosikal mahupun pemandu kenderaan mempunyai tanggungjawab untuk memperlahankan kenderaan mereka apabila melihat pejalan kaki ingin menggunakan laluan tersebut.

Senario seperti ini di Malaysia jarang dilihat kerana walaupun di laluan tersebut, ada antara pemandu tidak mempedulikan dan makin menekan pedal minyak. Dan contoh terdekat, kita ambil di sekeliling kita, dalam UiTM sendiri.

Di negara luar, keadaan nya adalah berbeza kerana pejalan kaki boleh melintas jalan tanpa rasa takut kerana adalah menjadi kesalahan trafik bagi mereka yang gagal memperlahankan kenderaan apabila melalui “zebra crossing”. Oleh itu, ayuhlah kita mengambil contoh negara luar yang menghormati pejalan kaki, dan sekali sekala apabila melihat mereka ingin melintas jalan, tiada salahnya untuk kita menekan brek dan beralah.

Sebab, di saat kita mempermudah urusan mereka, urusan kita juga akan dipermudah. Hati itu kadangkala perlu dididik jika tidak ingin bertindik dan dilitup. Ayuh kita amalkan budaya saling menghormati di jalan raya. Walau ape jua keadaan sekalipun kerna berbuat baik tidak akan rugi, ia boleh jadi pengubat hati.
“Zebra crossing" itu untuk kita lalui, bukan kuda belang. Satu hari mungkin kau punya. Satu hari mungkin aku. Jadi ayuh, hormati hak mereka kerana kadangkala kita juga menggunakan jalan tersebut. ”.


Bagaimana kita ingin dilayan, melalui bagaimana kita melayan. Sekian dari saya Exco Perhubungan Dalaman, yang tidak baik dari saya, yang baik dari Dia Tuhan yang Menciptakan.

http://www.kevintrowbridge.com/blog/wp-content/uploads/2012/01/post_divider.jpg

Post ini ditulis oleh:
NURUL AMIRAH BINTI MOHAMAD NASIR
Exco Perhubungan Dalaman SCLC Sesi 2013/2014

No comments:

Post a Comment