28 April 2014

Kursus Asas Fasilitator SCLC


   
Pada 27 April 2014, SCLC telah berjaya menganjurkan sebuah program yang diberi nama Kursus Asas Fasilitator 2014  SCLC bertempat di Bilik Seminar 2 Fakulti Undang-Undang. Program ini dilihat memberi nafas baru kepada peserta-peserta yang dapat mencungkil bakat terpendam mereka untuk menjadi seorang fasilitator. 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan secara terperinci untuk peserta-peserta lebih tahu perkara asas dalam bidang fasilitator. Selain daripada itu, program seumpama ini secara tidak langsung menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara ahli baru dan lama.  Malahan, penganjuran program ini bertujuan untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti SCLC yang akan datang untuk mereka sertai pada masa akan datang. Selain menjadi peserta, ahli-ahli baru ini juga turut berpeluang untuk menimba pengalaman yang menarik dengan menjadi fasilitator dalam program-program yang akan datang.
          
Program ini telah diadakan selama satu hari dari jam 9.00 pagi hingga pukul 6.15 petang. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan. Modul-modul aktiviti telah dikendalikan oleh Ketua Fasilitator Ahmad Alieff Bin Mashuri dan dibantu oleh Syahril Anuar Bin Harun.


           
Aktiviti-aktiviti yang disediakan dilihat telah memberi impak kepada para peserta secara keseluruhannya. Secara kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif yang diinginkan. Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang terlibat dan juga tahniah kepada pengarah program, NIK NURAISYA BINTI NIK BADRUL AZAHAR & #theteam atas kejayaan program ini.



Sekian, daripada saya, Nur Fatin Nabila Binti Sallehudin selaku setiausaha kaf 2014.

19 April 2014

Dari Meja Exco Perhubungan Dalaman : Kisah Saya



Assalamualaikum untuk semua :)

Entri kali ini, ditulis oleh saya… Hmm siapa saya? 
‘Cuma manusia biasa yang sememangnya tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.’ 

Ungkapan ini sering kali kita dengari apabila seseorang itu ingin mempertahankan dirinya setelah melakukan kesalahan. Itu norma dalam kehidupan, kerana kita selalunya ingin mempertahankan diri sendiri. Walau bagaimanapun, harus diingat jangan kita sewenang-wenangnya menyalahgunakan ayat tersebut. Semata-mata ingin lari daripada tanggungjawab. 

Hmm…… 

Mudah la dunia.. kalau semua pun tak nak mengaku salah. 

Kalau semua pun gunakan alasan ‘aku manusia jadi aku bolehlah buat salah, sebab manusia kan tak sempurna.’ 

Well friends, I’m sorry…the world is not yours… As there is ALLAH The Almighty above us. 

17 April 2014

SCLC Upcoming Programs : KAF & Visit To Henry Gurney School!

Salam!
Hai guys. SCLC is back with another cool program!

Are you interested to be one of our facilitator?
Join us in Kursus Asas Fasilitator this April 27!



And stand a chance to be part of the team in Destini Hala Tuju Sekolah Henry Gurney this May!




Syarat wajib untuk menyertai Program ke Henry Gurney ini adalah pertama, anda harus dilatih utk menjadi fasilitator terlebih dahulu. Kepada anda yang dah lama menyimpan hasrat nak pergi , nak merasa jadi fasi dan yang teringin sampai ke sana.

REGISTER NOW!
Hariz 0169479710 / Putri 0123581431 

Happy holidays!


12 April 2014

Dari Meja Exco Perhubungan Dalaman : Kita, & Pejalan Kaki.




“Kita tidak mampu hidup seorang. Walau mati hakikatnya bersendirian.
Kita bertemu kerana bersebab. Walau mungkin haluan yang berbeza,
tapi kau dan aku di jalan yang sama”.

Ada saat kita sedang melalui hari yang sangat teruk, hati tertekan, sedang terburu-buru, jiwa sedang kacau, risau dan hilang dalam sedar atau mungkin mengelamun. Ya, sebab dunia tak mudah. Dan tatkala itu, di saat memandu, nak dijadikan asbab dan ceritanya, seorang pejalan kaki melintas. Di sebuah tempat Bernama “zebra crossing”. Apa anda buat? Brek mengejut? Dan hon? Marahkan diri atau mereka?