19 May 2013

Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Jasin, Melaka

 

431890_10201156839511508_686712516_n

 

Pada 18 Mei 2013, SCLC telah berjaya menganjurkan program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta Siri ke-2 di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam, Jasin, Melaka. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berkahir pada pukul 5.00 petang.

 

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan ahli-ahli SCLC dengan program berbentuk kesukarelawanan selain memberikan sebanyak mungkin pendedahan kepada para penghuni di rumah anak-anak yatim mengenai hak mereka dalam undang-undang dan motivasi.

12 May 2013

SCLC Women’s Day 2013

POSTER WOMEN'S DAY FB
 
Pada 11 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu, SCLC telah menganjurkan SCLC Women’s Day dengan jayanya! Program ini telah berlangsung di Cempaka 1, Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam. Program yang bermula tepat pukul 10.00 pagi ini berakhir pada pukul 6.00 petang. Tentatif program ialah seperti berikut:
 
Aktiviti Derma Darah
Women’s Talk: “Cabaran Wanita Masa Kini”
Grooming Session oleh Majalah Dara.com dari Karangkraf
 
Selain itu, program ini telah berjaya memperoleh produk penajaan daripada Sofy dan Laurier dalam bentuk ‘goodies bag’ yang mengandungi pelbagai barangan untuk wanita untuk diagih-agihkan kepada para pengunjung yang hadir.

15 April 2013

Semarak Ilmu ke KL Krash Pad 2013

Pada 14 April 2013, Student Community Law Club (SCLC) telah mengadakan program Legal Teaching Ke KL Krashpad yang bertempat di Pusat Jagaan Nur Salam, Chow Kit, Kuala Lumpur bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.30 petang.

 

531799_10200643060313542_704505002_n

 

Antara lain objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi maklumat dalam skop undang-undang kepada penghuni Pusat Jagaan Nur Salam, agar mereka lebih mengetahui hak mereka dalam undang-undang sekali gus meningkatkan ‘soft skill’ dalam diri setiap ahli kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

01 April 2013

Aloha SCLC! Siri 2

Pada 30 Mac 2013, SCLC sekali lagi berjaya menganjurkan Program Aloha SCLC untuk Siri ke-2 di Hutan Lipur Sungai Sendat, Batu Cave. Program ini diadakan bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang. Aloha SCLC merupakan program pembukaan buat SCLC setiap kali semester sebelum diteruskan dengan program-program yang berikutnya. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kelab SCLC kepada ahli-ahli baru disamping menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai program-program yang akan diadakan oleh SCLC.

 

aloha

 

Para peserta berkumpul seawal jam 8pagi dan bertolak ke destinasi pada jam 9 pagi dan seterusnya tiba di lokasi pada jam 11 pagi. Setibanya di sana, sedikit taklimat diberi oleh pegawai bertugas, dan setelah itu, aktiviti dimulakan. Pertamanya, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh ketua fasi dan setelah itu,mereka memulakan sesi ice-breaking atau sesi suai kenal antara ahli kumpulan. Setelah sesi suai kenal berakhir, tugasan seterusnya diberikan.

02 December 2012

Program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Rohingya

Buat pertama kalinya, SCLC telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim Rohingya di Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam pada 1 Disember 2012 yang lalu. Lawatan ke Rumah Anak Yatim ini adalah untuk meneruskan kesinambungan daripada program lawatan ke rumah anak yatim yang telah diadakan sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

image

Melalui aktiviti seumpama ini, komuniti masyarakat yang sejahtera, penyayang dan bersatu padu mampu dijana melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.