11 November 2012

Aloha SCLC! Siri 1

422993_3985797887883_1103077119_n

Progam Aloha SCLC Siri 1 telah diadakan pada 11 November 2012 di Taman Negara Bukit Cerakah, Shah Alam. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan informasi serta menerangkan prinsip utama kelab SCLC kepada ahli baru. Sekaligus dapat menjalinkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara ahli lama dan baru. Kehadiran ahli-ahli baru akan dapat menjadi pemangkin kemajuan kelab dengan perkongsian idea yang segar dan kreatif bagi mencapai matlamat kelab SCLC.

 

Disamping itu, modul-modul yang disediakan sepanjang program ini kebanyakannya dijalankan secara praktikal iaitu melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Hal ini bertujuan untuk melahirkan suatu kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli.

04 August 2012

Forum PDPA - Jangan Hack Facebook Aku



Salam,
Pada  15 Mei yang lalu, satu forum telah diadakan yang bertajuk Jangan Hack Facebook Aku. Forum ini merupakan salah satu daripada pengisian bagi Program Personal Data Protection Act Awareness Campaign.

Walaubagaimanapun, di saat-saat akhir, penyampai bagi forum ini tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tertentu. Namun, forum tetap berjalan lancar dengan di ganti oleh Cik Fatin Azli yang menyampaikan segala ilmu mengenai PDPA yang beliau tahu. 


Personal Data Protection Act - Training Session (Gambar)

Program : Personal Data Protection Act Training Session
Tarikh : 27 - 29 April 2012
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Pengarah Program : Farah Yasmin Abdul Radzak.




25 July 2012

SCLC di Jasin, Melaka (Semarak Ilmu pt 2)

Salam,

Kesinambungan daripada Legal Teaching ke KL Krash bagi program Semarak Ilmu, kali ini kami menjelajah pula ke Jasin, Melaka di  Pertubuhan Islam Kebajikan Anak-Anak Yatim. Ini merupakan lawatan kami yang pertama di sini dan di rumah tersebut mempunyai penghuni seramai hampir 40 orang adik-adik yang dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. 

Motif kami pada kali ini lebih kepada slot-slot yang bermotifkan untuk meningkatkan motivasi kepada adik-adik.