24 September 2011

CERIA BERSAMA SCLC


Assalamualaikum.

Oleh kerana berlaku perkara yang tidak dapat di elakkan, Program ini akan dianjak ke 1 & 2 Oktober 2011 di Bukit Cerakah, Shah Alam.

Dan untuk sesiapa yang berminat, boleh lah menghubungi kami secepat mungkin, kerana tempat adalah terhad.


Buat pengetahuan anda, program yang menjadi kemestian pada setiap Semester inilah yang menjadi titik permulaan secara rasmi kepada ahli-ahli baru menjadi keluarga SCLC.


Majulah SCLC untuk UiTM. =D

 Wassalam.

18 September 2011

Saf Kepimpinan 2011/2012


Saf Kepimpinan bagi Student Community Law Club bagi sesi 2011/2012

"We Come To Help"
=)




26 August 2011

Salam Lebaran.


Selamat Hari Raya dari seluruh warga SCLC,
Ampun dan maaf di pohon untuk segala kekhilafan dari pihak kami, 
sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Dan oh, Selamat bergembira bersama keluarga ye. 
=)

18 July 2011

Legal Explorace Camp di Harian Metro

Salam,

Legal Explorace Camp seperti yang telah dikupas dalam entry yang lalu, turut di paparkan dalam Akhbar Harian Metro Ahad 17 Julai 2011.

Wah, bangga tak terkira dan sesungguhnya ini adalah salah satu pengenalan yang sangat bagus daripada kelab ini kepada masyarakat di luar sana.Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga yang menjayakan Legal Explorace Camp.

And last sekali jom kita layan keratan-keratan akhbar tersebut,
*klik gambar untuk pembesaran.

"Bicara Olok-Olok"

Profil 3 tulang belakang kepada LEC.

Mereka-mereka yang menjayakan program ini. 

Berita sepnuhnya boleh dibaca di laman web MyMetro. Sumber gambar daripada  Facebook SCLC dan Blog Myrazain.

Majulah SCLC untuk pembangunan Bangsa dan Negara.
Sekian, Wassalam.

nota kaki : Moga-moga ada lagi lah LEC 2 ye. =)

14 July 2011

Legal Explorace Camp 2011




Legal Explorace telah berlangsung dengan jayanya pada 1, 2 dan 3 Julai 2011. Pelbagai aktiviti yang menarik dan tentu sekali bermanfaat telah dijalankan selama 3 hari kem tersebut.


Sebelum bercerita lebih panjang, suka saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi serba sedikit latar belakang kumpulan sasaran program ini. Kumpulan sasaran pada kali ini ialah anak-anak yatim yang tinggal di sekitar Selangor. Seramai 74 orang anak-anak yatim berjaya dikumpul dengan bantuan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (Yatim). Terima kasih diucapkan kepada Yatim. Secara amnya, anak-anak yatim ini datang daripada lima buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Jawa dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Buaya.



Pada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, team building dan kelas dining and etiquate.