Papan informasi Student Community Law Club 2014/2015 yang telah dikemas kini. You can get most of the updated information about our past and future events there. Thank you for the tremendous support! :)
26 August 2015
SCLC FIESTA
SCLC FIESTA : A CUP OF COFFEE
Tarikh : 16 Mei 2015
Lokasi : Pavilion Fakulti Undang-Undang
Pengarah Program : M.Ozier Farhan b Lehanafeh
Objektif :
1) Memberi kesedaran tentang masalah sosial masa kini melalui penyampaian yang santai dan ringkas
2) Memperkenalkan kewujudan serta memberi pengetahuan umum terhadap usaha-usaha SCLC membantu mereka yang memerlukan melalui program kemanusiaan dan kebajikan
3) Menggalakkan masyarakat untuk menyumbang kepada program-program kebaijkan sosial melalui aktiviti amal yang tidak tipikal dan menyeronokkan
Ringkasan Program :
Program A Cup Of Coffee juga merupakan salah satu sub-program kepada program utama SCLC Fiesta. Ianya telah diadakan di Ruang Pavilion, Fakulti Undang-Undang dengan berkonsepkan santai dan bersahaja. Program ini berharapan untuk memberikan motivasi secara tidak langsung kepada peserta melalui pendedahan tentang kehidupan golongan yang terdedah kepada gejala sosial. Hal ini demikian, umum sedia mengetahui di kota raya besar seperti Kuala Lumpur, terdapat segelintir manusia yang kurang bernasib baik dan begitu terdedah dengan masalah sosial. Melalui perkongsian santai seperti ini, para peserta sedikit sebanyak dapat menghargai nikmat pendidikan dan peluang untuk menjadi golongan professional pada masa mendatang. Selain itu, para peserta turut dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman sambil menghayati persembahan busking daripada kumpulan busker jemputan. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada semester seterusnya kerana temanya yang bersesuaian dengan jiwa remaja dan membolehkan pelajar untuk bersosial bersama rakan-rakan di samping berdiskusi ilmiah.
SCLC FIESTA
SCLC FIESTA : VOSELT 2015
Tarikh : 16 Mei 2015
Lokasi : Fakulti Undang-Undang
Pengarah Program : Nuur Izham b IsmailObjektif :
1) Menyediakan medium untuk para peserta memahami dan menghayati falsafah dan konsep kesukarelawanan, keusahawanan sosial dan pengajaran undang-undang.
2) Meluaskan pengetahuan para peserta tentang peranan dan sumbangan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam kegiatan berteraskan VOSELT
3) Mendidik para peserta tentang cabaran dan impak pelaksanaan VOSELT dalam konteks sosial dan seterusnya menggalakkan pembabitan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan
4) Membina rangkaian sesama peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi terpilih
Ringkasan Program :
VOSELT merupakan singkatan kepada Volunteerism, Social Enterpreneurship dan Legal Teaching. VOSELT adalah sub-program kepada program utama SCLC iaitu SCLC Fiesta. Jumlah sasaran bagi program ini ialah seramai 150 peserta yang melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang kerana mereka terdiri daripada pelajar berlainan kursus dan umur. VOSELT15 meneliti mekanisme terbaik untuk memastikan penyampaian dan penyaluran objektif dan pembelajaran yang lebih efektif dan proaktif kepada para peserta. Lantaran itu, selain darpada sesi 'sharing' bersama tetamu jemputan, turut diadakan Pitching Workshop agar peserta boleh memahami dengan lebih mendalam tentang misi dan visi sesebuah organisasi itu. Semasa pitching workshop, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa bengkel yang dikelolakan oleh organisas pilihan. Mereka didedahkan dengan situasi yang boleh mendorong mereka untuk memberi cetusan idea yang bernas dan kreatif dalam kalangan mereka. SCLC VOSELT 15 telah dilihat sebagai satu wadah untuk para professional bidang VOSELT menyampaikan ilmu dan membuka peluang kepada para peserta untuk memahami tiga teras tersebut yang sebegitu berkait rapat dengan keadaan sosial masa kini.
Antara Penyampai bagi Sharing Session ialah wakil daripada PERTIWI, Hong Leong Foundation, myHarapan dan Yayasan Chow Kit manakala pengelola bengkel yang dijemput ialah Befrienders, Englishjer dan Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor.
SCLC's ZOOLUNTEER
Tarikh : 1 Mei 2015
Lokasi : Melaka Zoo & Night Safari
Pengarah Program : Mohd Amin bin Othman
Objektif :
1) Memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar
2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pemeliharaan
haiwan yang semakin terancam
3) Menyemai perasaan perikemanusiaan antara insan dengan alam sekitar
Ringkasan Program
Program Zoolunteer telah diadakan pada 1 Mei 2015 di Melaka Zoo & Night Safari yang melibatkan 60 orang peserta daripada pelajar Fakulti Undang-Undang. Melalui program ini, ia menjadi sebuah platform bagi para pelajar merasai pengalaman menjalankan aktiviti sukarelawan yang melibatkan haiwan seperti membersihkan kandang haiwan, memberi makan dan banyak lagi. Program ini juga dilihat dapat mempromosikan prinsip asas SCLC iaitu kesukarelawanan dan khidmat masyarakat. Program ini juga dapat dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memelihara haiwan terancam. Selain daripada melakukan aktiviti pembersihan, para peserta turut diberikan hiburan semasa animal show dan dibawa bersiar siar ke sekitar zoo untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang haiwan. Meskipun kepenatan, para peserta mendapat pelbagai manfaat yang mungkin tidak boleh diperolehi selain di program Zoolunteer. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa mendatang dan mendapat sambutan daripada para pelajar.
OHANA II : Down Memory Lane
Tarikh : 14 Mac 2015
Lokasi : Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak
Pengarah Program : Nur Syafiqah bt Suleiman
Objektif
1) Memberi pengenalan lebih mendalam tentang matlamat dan objektif Student Community Law Club kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Fakulti Undang-Undang
2) Merapatkan silaturrahim antara peserta dan ahli kelab SCLC melalui aktiviti yang diadakan
3) Menarik minat pelajar baru untuk menyertai kelab SCLC
Ringkasan Program
Program Ohana : Down Memory Lane merupakan program Ohana siri ke-2 bagi Saf 9 Student Community Law Club. Program ini dirasakan telah mencapai objektifnya apabila para peserta kebanyakkannya memberikan respons yang positif dan bertambah minat mereka terhadap teras utama SCLC. Ohana II telah berlangsung pada 14 Mac 2015 selama 2 hari 1 malam dengan berkonsepkan perkhemahan sambil ditemani bunyi aliran air sungai yang sangat menenangkan. Apa yang menariknya mengenai program ini ialah tema Down Memory Lane, di mana modul-modul dan 'games' yang diadakan bertujuan untuk mengembalikan memori sewaktu kecil. Antara permainan yang dilangsungkan adalah 'tali skipping', batu seremban, merentasi halangan berlumpur dan iklan wajah. Terlihat riak gembira dan puas hati di wajah para peserta seusainya program ini. Program Ohana Down Memory Lane diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada peserta .Jelas terukir wajah kegembiraan dalam kalangan peserta sepanjang program ini berlangsung dan berharap bahawa mereka membawa balik kenangan yang manis dari program ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)














