09 September 2012
04 August 2012
Forum PDPA - Jangan Hack Facebook Aku

Salam,
Pada 15 Mei yang lalu, satu forum telah diadakan yang bertajuk Jangan Hack Facebook Aku. Forum ini merupakan salah satu daripada pengisian bagi Program Personal Data Protection Act Awareness Campaign.
Walaubagaimanapun, di saat-saat akhir, penyampai bagi forum ini tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tertentu. Namun, forum tetap berjalan lancar dengan di ganti oleh Cik Fatin Azli yang menyampaikan segala ilmu mengenai PDPA yang beliau tahu.
Personal Data Protection Act - Training Session (Gambar)
Program : Personal Data Protection Act Training Session
Tarikh : 27 - 29 April 2012
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Pengarah Program : Farah Yasmin Abdul Radzak.
Tarikh : 27 - 29 April 2012
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Pengarah Program : Farah Yasmin Abdul Radzak.
25 July 2012
SCLC di Jasin, Melaka (Semarak Ilmu pt 2)
Salam,
Kesinambungan daripada Legal Teaching ke KL Krash bagi program Semarak Ilmu, kali ini kami menjelajah pula ke Jasin, Melaka di Pertubuhan Islam Kebajikan Anak-Anak Yatim. Ini merupakan lawatan kami yang pertama di sini dan di rumah tersebut mempunyai penghuni seramai hampir 40 orang adik-adik yang dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.
Motif kami pada kali ini lebih kepada slot-slot yang bermotifkan untuk meningkatkan motivasi kepada adik-adik.
30 May 2012
Legal Teaching ke KL Krash Pad (Semarak Ilmu Pt 1)
Salam,
Bertarikh 30 Mac 2012, seramai 20 orang ahli Student Community Law Club telah ke KL Krash Pad yang terletak di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Program ini merupakan sebahagian daripada Program Semarak Ilmu yang akan mengandungi 2 lawatan ke tempat yang berbeza. Legal teaching ini merupakan kali yang ke 7 kami adakan berkala bagi setiap semester.
Sambutan yang di berikan adik-adik sungguh tidak di sangka-sangka kerana mereka sangat bersemangat dalam apa jua slot yang kami adakan. Pada kali ini, kami mengutarakan tajuk mengenai " Hak Anda Apabila Di tangkap Polis "
Subscribe to:
Posts (Atom)
