27 August 2015

SATU DESA SEJUTA WARNA 2015



 
Tarikh : 31 Mei – 3 Jun 2015
Lokasi : Kampung Baru Siong, Baling, Kedah
Pengarah Program : Nur Firzana Izzati
Objektif :
 
1) Memberi pendedahan dan informasi undang-undang kepada masyarakat
2) Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah untuk berjaya dalam pelajaran
3) Memberi khidmat kepada masyarakat melalui aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan
4) Memberi pendedahan tentang kehidupan luar bandar kepada peserta dan AJK
5) Membina rangkaian antara kelab SCLC dengan badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat di kampung
Ringkasan Program :
 
 
Student Community Law Club (SCLC) yang merupakan kelab dalaman Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam telah sekali lagi menganjurkan program Satu Desa Sejuta Warna yang kini merupakan siri ketiga. Program ini telah disertai oleh 90 orang pelajar dari pelbagai kursus pengajian yang bermula dari 31 Mei 2015 sehingga 3 Jun 2015 untuk memperoleh pengalaman dan mencipta kenangan di Kg. Baru Siong, Baling, Kedah.
Pada asalnya program ini dirangka dengan bertunjangkan 3 prinsip utama SCLC iaitu pengajaran undang-undang (legal teaching), kesukarelawanan (volunteerism) dan keusahawanan sosial (social entrepreneurship). Untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk kampung dan para pelajar, konsep anak angkat diterapkan. Melalui program ini, para pelajar yang datang dari pelbagai jurusan dan latar belakang berbakti kepada warga kampung menerusi program kesedaran undang-undang, khidmat masyarakat dan jamuan rakyat. Aktiviti explorace bersama kanak-kanak dan sukan rakyat turut diadakan bagi merapatkan ukhwah antara para peserta dengan masyarakat kampung sendiri di samping dapat menghidupkan kembali budaya masyarakat Malaysia yang semakin dilupakan generasi muda kini.
Pengajaran undang-undang dan ceramah kerjaya
Pengajaran undang-undang dan ceramah kerjaya yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Siong untuk membuka mata mereka mengenai hala tuju mereka selepas SPM. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan.
Aktiviti explorace dan pertandingan warna.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi SCLC juga menganjurkan pertandingan mewarna kepada para anak-anak kecil bagi mengasah bakat mereka melalui pertandingan ini. Explorace yang melibatkan peserta dan kanak-kanak dalam satu kumpulan juga telah merapatkan ukhuwah antara mereka. Hadiah diberikan kepada pemenang dan sagu hati diberikan kepada peserta yang terlibat.
Bersukan bersama masyarakat kampung
Dunia menjadi saksi bahawa sukan mampu menyatukan ummah tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama. Jadi SCLC menganjurkan senam robik dan zumba bersama peserta-peserta SDSW di samping melakukan sesi suai kenal. Seawal jam 7.30 pagi, semua peserta sudah bersedia di perkarangan rumah urusetia. Di samping itu , SCLC juga menganjurkan perlawanan futsal antara belia kampung dan juga para peserta pada waktu malam di padang futsal 1 Malaysia. Pemain-pemain kelihatan gembira dan berseronok walaupun perlawanan futsal ternyata sengit.
Bukan itu sahaja, SCLC juga telah mengatur slot ‘Sukan Rakyat’ yang melibatkan seluruh penduduk kampung dan peserta-peserta. Aktiviti menarik yang melibatkan banyak permainan kampung seperti tarik upih dan boling padang yang memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba permainan yang tidak pernah mereka main sebelum ini.
Kenduri Rakyat
Malam terakhir merupakan malam kemuncak bagi program Satu Desa Sejuta Warna siri ketiga di mana semua peserta dan penduduk kampung dijemput untuk menghadiri kenduri rakyat yang bertemakan Hari Raya. Tampak kacak dan manis para peserta dan keluarga angkat mereka mengenakan busana Hari Raya serta dimeriahkan lagi dengan bunga api sebagai tanda menyambut hari raya. Juadah hari raya seperti lemang dan ketupat palas yang disediakan dengan berkonsepkan ‘rewang’ telah dihidangkan pada malam tersebut. Selepas hampir seharian ‘merewang’ dan makan kenduri, peserta diberi peluang untuk mandi di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.
Pengisian program Satu Desa Sejuta Warna ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba perkara baru di samping membuka minda mereka untuk melihat dunia dari sudut yang lain. Sejuta penghargaan dan terima kasih diucapkan buat sokongan dan kesudian penduduk Kg. Baru Siong kerana melibatkan diri bagi melancarkan program ini.
Teringat bait-bait lirik lagu Memori Tercipta nyanyian Sheila Amzah saat terkenangkan memori di Kg. Baru Siong, Baling Kedah. “Di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita. Mungkin disini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada kulupa.”






 
 
 

 

26 August 2015

KEEP CALM AND LOVE SCLC!

 
Papan informasi Student Community Law Club 2014/2015 yang telah dikemas kini. You can get most of the updated information about our past and future events there. Thank you for the tremendous support! :)

SCLC FIESTA

 
 
 
SCLC FIESTA : A CUP OF COFFEE
 
Tarikh : 16 Mei 2015
 
Lokasi : Pavilion Fakulti Undang-Undang
 
Pengarah Program : M.Ozier Farhan b Lehanafeh
 
 
Objektif :
 
1) Memberi kesedaran tentang masalah sosial masa kini melalui penyampaian yang santai dan ringkas
 
2) Memperkenalkan kewujudan serta memberi pengetahuan umum terhadap usaha-usaha SCLC membantu mereka yang memerlukan melalui program kemanusiaan dan kebajikan
 
3) Menggalakkan masyarakat untuk menyumbang kepada program-program kebaijkan sosial melalui aktiviti amal yang tidak tipikal dan menyeronokkan
 
Ringkasan Program :
 
Program A Cup Of Coffee juga merupakan salah satu sub-program kepada program utama SCLC Fiesta. Ianya telah diadakan di Ruang Pavilion, Fakulti Undang-Undang dengan berkonsepkan santai dan bersahaja. Program ini berharapan untuk memberikan motivasi secara tidak langsung kepada peserta melalui pendedahan tentang kehidupan golongan yang terdedah kepada gejala sosial. Hal ini demikian, umum sedia mengetahui di kota raya besar seperti Kuala Lumpur, terdapat segelintir manusia yang kurang bernasib baik dan begitu terdedah dengan masalah sosial. Melalui perkongsian santai seperti ini, para peserta sedikit sebanyak dapat menghargai nikmat pendidikan dan peluang untuk menjadi golongan professional pada masa mendatang. Selain itu, para peserta turut dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman sambil menghayati persembahan busking daripada kumpulan busker jemputan. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada semester seterusnya kerana temanya yang bersesuaian dengan jiwa remaja dan membolehkan pelajar untuk bersosial bersama rakan-rakan di samping berdiskusi ilmiah.
 
 
 
 

 
 
 

 
 


SCLC FIESTA

 
 
SCLC FIESTA : VOSELT 2015
Tarikh : 16 Mei 2015
Lokasi : Fakulti Undang-Undang

 Pengarah Program : Nuur Izham b Ismail

Objektif :

1) Menyediakan medium untuk para peserta memahami dan menghayati falsafah dan konsep kesukarelawanan, keusahawanan sosial dan pengajaran undang-undang.

2) Meluaskan pengetahuan para peserta tentang peranan dan sumbangan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam kegiatan berteraskan VOSELT

3) Mendidik para peserta tentang cabaran dan impak pelaksanaan VOSELT dalam konteks sosial dan seterusnya menggalakkan pembabitan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan

4) Membina rangkaian sesama peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi terpilih


Ringkasan Program :

VOSELT merupakan singkatan kepada Volunteerism, Social Enterpreneurship dan Legal Teaching. VOSELT adalah sub-program kepada program utama SCLC iaitu SCLC Fiesta. Jumlah sasaran bagi program ini ialah seramai 150 peserta yang melibatkan pelajar daripada pelbagai latar belakang kerana mereka terdiri daripada pelajar berlainan kursus dan umur. VOSELT15 meneliti mekanisme terbaik untuk memastikan penyampaian dan penyaluran objektif dan pembelajaran yang lebih efektif dan proaktif kepada para peserta. Lantaran itu, selain darpada sesi 'sharing' bersama tetamu jemputan, turut diadakan Pitching Workshop agar peserta boleh memahami dengan lebih mendalam tentang misi dan visi sesebuah organisasi itu. Semasa pitching workshop, para peserta telah dipecahkan kepada beberapa bengkel yang dikelolakan oleh organisas pilihan. Mereka didedahkan dengan situasi yang boleh mendorong mereka untuk memberi cetusan idea yang bernas dan kreatif dalam kalangan mereka. SCLC VOSELT 15 telah dilihat sebagai satu wadah untuk para professional bidang VOSELT menyampaikan ilmu dan membuka peluang kepada para peserta untuk memahami tiga teras tersebut yang sebegitu berkait rapat dengan keadaan sosial masa kini.

Antara Penyampai bagi Sharing Session ialah wakil daripada PERTIWI, Hong Leong Foundation, myHarapan dan Yayasan Chow Kit manakala pengelola bengkel yang dijemput ialah Befrienders, Englishjer dan Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor.







 

SCLC's ZOOLUNTEER

 
 

Tarikh : 1 Mei 2015
Lokasi : Melaka Zoo & Night Safari
Pengarah Program : Mohd Amin bin Othman

Objektif :

1) Memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar
2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pemeliharaan haiwan yang semakin terancam
3) Menyemai perasaan perikemanusiaan antara insan dengan alam sekitar

Ringkasan Program
 
Program Zoolunteer telah diadakan pada 1 Mei 2015 di Melaka Zoo & Night Safari yang melibatkan 60 orang peserta daripada pelajar Fakulti Undang-Undang. Melalui program ini, ia menjadi sebuah platform bagi para pelajar merasai pengalaman menjalankan aktiviti sukarelawan yang melibatkan haiwan seperti membersihkan kandang haiwan, memberi makan dan banyak lagi. Program ini juga dilihat dapat mempromosikan prinsip asas SCLC iaitu kesukarelawanan dan khidmat masyarakat. Program ini juga dapat dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan memelihara haiwan terancam. Selain daripada melakukan aktiviti pembersihan, para peserta turut diberikan hiburan semasa animal show dan dibawa bersiar siar ke sekitar zoo untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang haiwan. Meskipun kepenatan, para peserta mendapat pelbagai manfaat yang mungkin tidak boleh diperolehi selain di program Zoolunteer. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa mendatang dan mendapat sambutan daripada para pelajar.
 

 












OHANA II : Down Memory Lane





Tarikh : 14 Mac 2015
Lokasi : Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak
Pengarah Program : Nur Syafiqah bt Suleiman

Objektif
 
1) Memberi pengenalan lebih mendalam tentang matlamat dan objektif Student Community Law Club kepada peserta yang terdiri daripada pelajar Fakulti Undang-Undang
2)  Merapatkan silaturrahim antara peserta dan ahli kelab SCLC melalui aktiviti yang diadakan
3)  Menarik minat pelajar baru untuk menyertai kelab SCLC
 
 
Ringkasan Program
 
Program Ohana : Down Memory Lane merupakan program Ohana siri ke-2 bagi Saf 9 Student Community Law Club. Program ini dirasakan telah mencapai objektifnya apabila para peserta kebanyakkannya memberikan respons yang positif dan bertambah minat mereka terhadap teras utama SCLC. Ohana II telah berlangsung pada 14 Mac 2015 selama 2 hari 1 malam dengan berkonsepkan perkhemahan sambil ditemani bunyi aliran air sungai yang sangat menenangkan. Apa yang menariknya mengenai program ini ialah tema Down Memory Lane, di mana modul-modul dan 'games' yang diadakan bertujuan untuk mengembalikan memori sewaktu kecil. Antara permainan yang dilangsungkan adalah 'tali skipping', batu seremban, merentasi halangan berlumpur dan iklan wajah. Terlihat riak gembira dan puas hati di wajah para peserta seusainya program ini. Program Ohana Down Memory Lane diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian hadiah kepada peserta .Jelas terukir wajah kegembiraan dalam kalangan peserta sepanjang program ini berlangsung dan berharap bahawa mereka membawa balik kenangan yang manis dari program ini .