Pada 14 April 2013, Student Community Law Club (SCLC) telah mengadakan program Legal Teaching Ke KL Krashpad yang bertempat di Pusat Jagaan Nur Salam, Chow Kit, Kuala Lumpur bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.30 petang.
Antara lain objektif penganjuran program ini adalah untuk berkongsi maklumat dalam skop undang-undang kepada penghuni Pusat Jagaan Nur Salam, agar mereka lebih mengetahui hak mereka dalam undang-undang sekali gus meningkatkan ‘soft skill’ dalam diri setiap ahli kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.