02 December 2012

Program Sebarkan Ilmu Dengan Cinta bersama Anak-Anak Yatim Rohingya

Buat pertama kalinya, SCLC telah mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak-anak yatim Rohingya di Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam pada 1 Disember 2012 yang lalu. Lawatan ke Rumah Anak Yatim ini adalah untuk meneruskan kesinambungan daripada program lawatan ke rumah anak yatim yang telah diadakan sebelum ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memastikan aspek kebajikan dapat diintegrasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.

image

Melalui aktiviti seumpama ini, komuniti masyarakat yang sejahtera, penyayang dan bersatu padu mampu dijana melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan.