20 November 2011

06 November 2011

Sekitar Program Obesity Awareness Campaign

Salam,

Pada 19th Oktober 2011,
Telah berlangsung dengan jayanya Program Obesity Awareness Campaign.

05 November 2011

Sekitar Program Workshop On Conveyancing (Gambar)


Sesi Pendaftaran


-Sebelum bengkel bermula


Encik Kamarudin Ahmad selaku speaker pada hari tersebut


Sesi pertama di adakan di Auditorium Fakulti Undang-Undang


Sesi kedua di Bilik Seminar

Antara yang turut hadir memberikan sokongan. =)




Saudara Azhier Farhan selaku pengacara majlis




Minum petang









Tahniah di ucapkan ke Ateera Hamidah Mohd Johar selaku pengarah bagi program ini yang berlangsung dengan jayanya dan tidak dilupakan juga setiap AJK yang terlibat bagi menjayakan program ilmiah ini.

Semoga program yang bermanfaat ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

04 November 2011

November Events

Salam,

Bagi bulan November ini, 2 lagi aktiviti menarik yang akan kami anjurkan,



Bagi Charity Car Wash and Car Boots Sale, acara ini akan adakan pada 18hb November 2011 yang akan bertempat di Padang Kawad.
Hantar motor dan kereta anda kepada kami, dan kami akan bersihkan kereta anda dengan bayaran serendah RM 5 bagi kereta dan RM 3 bagi motorsikal.
Kami juga membuka penyertaan kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakakan "Car Boot Sales" dengan bayaran hanyalah serendah RM 15-20 sahaja. Sebarang hasil jualan tidak akan di tuntut dari pihak kami. Anda boleh menjual barang-barang sepeti buku-buku, pakaian, makanan dan sebagainya. Bawa kereta anda sendiri, dan jom kita ber 'Car Boot Sales'!

Jika berminat, anda boleh hubungi :

Farhana: 014-5151961
Norsuriati: 013-7563341
Izzati: 014-7230283

Dan aktivti kedua yang akan kami adakan Rev Up Obesity Awareness Campaign bersama Revive yang menjadi penaja utama program kami ini.



Tentatif Program:
7.30 AM : Persiapan di Cempaka & Pameran di Padang Kawad Pendaftaran & Sarapan Pagi di Fakulti Undang-Undang Warming Up (Senamrobik)
8.45 AM : Perarakan ke Padang Kawad (Mass Walk)
10.30 AM : Forum: "Misteri Obesiti"
2.30 PM : Sukaneka & "Rev Up Obese Cycling Challenge"
4.45 PM : Penyampaian Hadiah
5.00 PM : Bersurai


Dan disini juga suka untuk kami memberitahu anda satu lagi BERITA BAIK!
Anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM 1,000 dalam "Rev Up Obese Cycling Challenge"!

Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 15 tahun hingga 25 tahun.
3. BMI: 25 dan ke atas.
4. Berkumpulan: 3 orang satu kumpulan.
5. Hadiah: Kategori Lelaki
Juara: RM 250 + Hadiah iringan
Tempat Kedua:RM 150 + Hadiah iringan
Tempat Ketiga:RM 100 + Hadiah iringan

Kategori Perempuan
Juara: RM 250 + Hadiah iringan
Tempat Kedua:RM 150 + Hadiah iringan
Tempat Ketiga:RM 100 + Hadiah iringan

Mekanisme:

1. Para peserta akan mengayuh basikal sekitar kampus UiTM Shah Alam secara berganti-ganti. (laluan kayuhan akan dikomfemkan kemudian)
2. Peserta perlu mengayuh bersama ‘beban’ berupa beberapa katon tin minuman isotonic Revive.
3. Setiap ahli kumpulan akan diasingkan di 3 ‘check-point’ untuk menuju ke garisan penamat. 4. Kumpulan yang terawal tiba di garisan penamat dikira sebagai pemenang.

PENYERTAAN ADALAH TERHAD!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
FAIZURA (013-6526654)
INTAN NABILA (013-6435168)
AISHAH (013-2912114)
ALIFF (013-7179628)

*Segala maklumat tertakluk kepada sebarang pindaan atau perubahan.

Dengan ini mengalu-alukan kedatangan anda, tidak kira di mana pun anda berada, warga UiTM mahupun tidak.
Jumpa anda di sana! =D

Di kesempatan ini, kami dari Student Community Law Club ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia dan juga selamat bercuti pertengahan semester bagi seluruh warga UiTM.

Semoga raya dan cuti pada kali ini, akan lebih bermakna dan membawa seribu satu kegembiraan buat kita semua.

Wassalam.