24 July 2010

It Hurts:(

It Hurts

It hurts to see,
A man and a woman holding hands,
With no relation except friends.

It hurts to see,
A man and a woman keeping hands,
When they vow to love till the end.

It hurts to hear,
People say they want a good job,
Before buying baby clothes at the shop.

It hurts to hear,
People say, "I don't have the money",
When they have lots to feed their "honey".

It hurts to think,
Parents would leave their children like that,
Without saying, "Hey, that's very bad!"

It hurts to think,
Children would say to other children,
"My parents did it too, how's that different?"

It hurts to realize,
A man's poison becomes a man's meat,
They know that but still, they eat.

credit to aiman azlan for his poem

23 July 2010

boring2.... rilek2...

A Story to live by
There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.' One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.
He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her.. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'


before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food-Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.

Before you complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren..
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile onyour face and think: you're alive and stillaround.


nite...

19 July 2010

Dari Meja Presiden Edisi ke 2



Pertamanya saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya,setelah bertungkus lumus selama seminggu,akhirnya program Sehari Bersama SCLC dapat direalisasikan meskipun pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh semua ahli jawatankuasa yang bertindak.Satu hal yang cukup penting dalam menganjurkan program ini adalah pencapaian objektif penganjuran program itu sendiri.Dasar utama yang dibawa oleh Student Community Law Club adalah untuk memberikan pendidikan undang-undang kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih mudah difahami dan senang untuk dihayati.Ini adalah disebabkan rata-rata menganggap undang-undang pada hari ini adalah suatu perkara yang lebih cenderung untuk menghukum manusia sahaja daripada merasakan bahawasanya undang-undang ini wujud sebagai satu instrumen untuk menegakkan hak mereka mahupun kebenaran serta sebagai panduan dalam pengaturan hidup.Oleh itu pentingnya untuk ahli SCLC memahami dasar utama ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat sememangnya kita bersungguh dengan motto yang kita bawakan " Kami Datang Untuk Membantu".Andainya pada hari ini,semua ahli keluarga baru SCLC memahami dasar perjuangan SCLC kepada masyarakat,maka objektif penganjuran Sehari Bersama SCLC dikira tercapai dengan jayanya.Tahniah saya ucapkan.Mungkin pada hari ini kebanyakkan daripada kita belajar untuk menghadapi peperiksaan semata tetapi di SCLC semua ahli kelab diterapkan bahawa apa yang dipelajari di dalam kelas adalah untuk kehidupan realiti yang ternyata sukar dijangka,Prepare for Unprepared....wassalam








14 July 2010


Pada 17 dan 18 haribulan ini akan diadakan program Sehari Bersama SCLC di Taman Botani, Putrajaya. Tujuan program ini diadakan bagi menarik minat pelajar fakulti undang-undang untuk menyertai kelab ini disamping merapatkan silaturahim sesama ahli SCLC sendiri. Dengan ini, saya dengan rendah dirinya menjemput semua yang berminat untuk menyertai program ini dan semoga semua yang menyertai akan terhibur dengan segala aktiviti yang diadakan.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi nama-nama berikut:-

Athirah Binti Ahmad
012-3371323
iera_smart@yahoo.com.my


Nur Farhana Binti Mohd Isa
013-7446720
nuruliman_1989@yahoo.com


Mohd Afiq Bin Abdullah
013-9981003
afiqassent@yahoo.com

Terima Kasih dan Selamat Berhibur!!

06 July 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Asslamulaikum dan salam sejahtera...selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarga Baginda...ungkapan yg menjadi tajuk post kami ini membawa seribu pengertian pada kami sebagai barisan kepimpinan SCLC..sudah menjadi kebiasaannya,ungkapan itu sering digunakan dalam sesuatu perhubungan berlandaskan kasih sayang.sebelum kita menjadikan seseorang itu istimewa dalam hidup kita,sudah tentu kita perlu mengenalinya terlebih dulu kan..di dalam Islam sendiri, kita diperkenalkan 3 stages dalam memulakan satu ukhuwah persahabatab lillahi Taala iaitu taaruf(berkenal-kenalan),tafahum(saling memahami) dan takaful/taawun(tolong-menolong)...Alhamdulillah, ini yang sedang berlaku di dalam SCLC skrg...tanggal 6 Julai 2010 bertempat di padang Kolej Seroja, kami telah mengadakan potluck kami yg pertama yg boleh sy klasifikasikan sbg one of memorable moments dlm hidup saya scr peribadi...mgkin juga untuk rakan2 SCLC yg lain...potluck ini juga adalah perjumpaan semua barisan kepimpinan SCLC yg pertama slps program Rancangan Pemulihan dan Penambah Baikan Gerakan(RPPG) utk sem ini..Apa yg saya boleh katakan, kami sedang melalui proses 3T yg sy katakan di atas..tetapi masih menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan..diharapkan target kami bagi tempoh setahun ini untuk reorganize,restructure dan rebranding SCLC bakal tercapai dengan izinNya..saya kira mendekati masyarakat dengan memberikan pengetahuan undang-undang dan melakukan khidmat masyarakat adalah satu usaha dakwah yg diharapkan dapat menjadi 'bekalan' kita kelak...Ada kesempatan,kami akan postkan gambar2 potluck kami itu di lain post..Wassalam..

TRANSFORMASI UNDANG-UNDANG SYARIE NEGARA

PELANTIKAN dua wanita sebagai hakim syarie yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah suatu transformasi kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang dilihat lebih terbuka serta prihatin terhadap keperluan semasa selari peredaran zaman. Pelantikan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM, Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM, Rafidah Abdul Razak, 39, sebagai hakim syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pada pertengahan Mei lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Isu pelantikan hakim syarie wanita bukan isu baru kerana perkara itu sudah lama dibangkitkan dan diperjuangkan. Namun, disebabkan tiada calon berkelayakan dan ada perbahasan di kalangan ahli undang-undang, akademik serta pakar dalam hukum syarak sama ada wanita boleh menjadi hakim, perkara itu tertangguh. Ada perbezaan pendapat ulama berkaitan isu ini iaitu suatu pandangan mengharamkan dan pandangan lain mengharuskan. Fuqaha mazhab Syafie, Hambali dan Maliki berpandangan hanya lelaki saja layak menjadi hakim di mahkamah. Ulama yang menyokong pandangan itu berhujah antara lainnya bahawa lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal berbanding wanita. Justeru, bagi mereka pelantikan wanita sebagai hakim akan membawa kepada kerosakan. Berbeza pula pandangan mazhab Hanafi yang mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim kecuali dalam kes hudud dan qisas. Mereka menolak dalil dikemukakan majoriti tadi berdasarkan kepada alasan tertentu. Pandangan yang mengharuskan wanita dilantik sebagai hakim turut dikongsi Ibn Hazm al-Zahirriyyah, Ibn Al-Qayyim dan beberapa ulama kontemporari termasuk Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi serta Syeikh Rashid Al-Ganushi. Hakikatnya, pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah tidak bertentangan hukum syarak lebih-lebih lagi melihat kedudukan bidang kuasa dan peruntukan terhad diberikan kepada Mahkamah Syariah yang tidak boleh menjatuhkan hukuman hudud dan qisas. Mengambil pendekatan golongan minoriti bukanlah suatu yang asing dan pelik dalam ilmu fiqh. Secara umumnya, walaupun pemakaian mazhab Syafie adalah pandangan yang dominan di Malaysia, ada juga beberapa amalan dipakai mengambil kira pandangan Mazhab Hanafi. Antaranya, pembayaran zakat fitrah menggunakan wang menggantikan beras seperti disyaratkan mazhab Syafie. Pemakaian kepada pandangan minoriti ini berlaku setelah mengambil kira maslahah serta peredaran zaman. Bagi mengatasi wujudnya dua pandangan berbeza dalam kalangan cendekiawan Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 6 April 2006 memutuskan, harus bagi wanita Islam berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, hakim wanita tidak boleh mengadili kes hudud dan qisas. Keputusan Majlis Fatwa itu menyelesaikan isu sama ada boleh atau tidak hakim syarie wanita dilantik. Cuma yang menjadi persoalan, ada atau tidak wanita Islam yang berkelayakan serta memenuhi kriteria tertentu bagi dilantik sebagai hakim syarie. Hakim syarie yang dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah perlu mempunyai pengalaman mencukupi. Dari segi amalan sekarang, Hakim Mahkamah Rendah Syariah perlulah terlebih dulu berkhidmat sebagai pegawai sulh, pegawai syariah di Biro Bantuan Guaman, penolong pendaftar atau penyelidik.

Apabila mempunyai pengalaman yang cukup, barulah seseorang itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Kedua-dua hakim syarie wanita yang dilantik pernah menjadi pegawai penyelidik kepada Hakim Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Syarie serta sudah lama berkhidmat di JKSM. Rafidah yang saya kenali adalah peguam syarie yang beramal beberapa tahun di Mahkamah Syariah. Sekalung tahniah kepada mereka serta diharap dapat menggalas tugas diberikan dengan penuh amanah dan adil. Tugas hakim berat kerana kes yang ada di Mahkamah Syariah banyak membabitkan emosi serta kerenah pelanggan yang harus dilayan sementara hak wajib diletakkan di tempat yang berhak. Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan diharapkan kewibawaan kedua-dua hakim wanita ini dapat menangkis pandangan sesetengah pihak yang menyatakan wanita tidak layak untuk menjadi hakim syarie kerana beremosi. Pelantikan itu juga suatu pengiktirafan yang tinggi terhadap wanita memandangkan ramai daripada pelanggan Mahkamah Syariah terdiri daripada kalangan wanita. Hakikatnya, tidak kira sama ada hakim lelaki ataupun wanita yang mengadili sesuatu kes, perkara paling penting ialah pihak yang datang ke mahkamah mendapat hak dan keadilan dapat ditegakkan selari hukum syarak.