20 June 2010

Tahniah!!

Tahniah diucapkan daripada SCLC kepada pelajar-pelajar lepasan Diploma yang dapat melanjutkan pelajaran di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM.

congratulations Pictures, Images and Photos


einstein- learning. Pictures, Images and Photos

15 June 2010

Alahai: )



korg tgkla sniri..

PAK PANDIR WANTS TO BUY A COMPUTER FROM ABBOTT

ABBOTT: PC World store. Can I help you?

PAK PANDIR: Thanks. I'm setting up an office in my den and I'm thinking about buying a computer.

ABBOTT : Mac?

PAK PANDIR: No, the name's PAK PANDIR.

ABBOTT: Your computer?

PAK PANDIR: I don't own a computer. I want to buy one.

ABBOTT: Mac?

PAK PANDIR: I told you, my name's PAK PANDIR.

ABBOTT: What about Windows?

PAK PANDIR: Why? Will it get stuffy in here?

ABBOTT: Do you want a computer with Windows?

PAK PANDIR: I don't know. What will I see when I look at the windows?

ABBOTT: Wallpaper.

PAK PANDIR: Never mind the windows. I need a computer and software.

ABBOTT: Software for Windows?

PAK PANDIR: No. On the computer! I need something I can use to write proposals, track expenses and run my business. What do you have?

ABBOTT: Office.

PAK PANDIR: Yeah, for my office. Can you recommend anything?

ABBOTT: I just did.

PAK PANDIR: You just did what?

ABBOTT: Recommend something.

PAK PANDIR: You recommended something?

ABBOTT: Yes.

PAK PANDIR: For my office?

ABBOTT: Yes.

PAK PANDIR: OK, what did you recommend for my office?

ABBOTT: Office.

PAK PANDIR: Yes, for my office!

ABBOTT: I recommend Office with Windows.

PAK PANDIR: I already have an office with windows! OK, let's just say I'm sitting at my computer and I want to type a proposal. What do I need?

ABBOTT: Word.

PAK PANDIR: What word?

ABBOTT: Word in Office.

PAK PANDIR: The only word in office is office.

ABBOTT: The Word in Office for Windows.

PAK PANDIR: Which word in office for windows?

ABBOTT: The Word you get when you click the blue "W".

PAK PANDIR: I'm going to click your blue "w" if you don't start with some straight answers. OK, forget that. Can I watch movies on the Internet?

ABBOTT: Yes, you want Real One.

PAK PANDIR: Maybe a real one, maybe a cartoon. What I watch is none of your business. Just tell me what I need!

ABBOTT: Real One.

PAK PANDIR: If it's a long movie, I also want to watch reels 2, 3 and 4. Can I watch them?

ABBOTT: Of course.

PAK PANDIR: Great! With what?

ABBOTT: Real One.

PAK PANDIR: OK, I'm at my computer and I want to watch a movie. What do I do?

ABBOTT: You click the blue "1".

PAK PANDIR: I click the blue one what?

ABBOTT: The blue "1".

PAK PANDIR: Is that different from the blue w?

ABBOTT: The blue "1" is Real One and the blue "W" is Word.

PAK PANDIR: What word?

ABBOTT: The Word in Office for Windows.

PAK PANDIR: But there are three words in "office for windows"!

ABBOTT: No, just one. But it's the most popular Word in the world.

PAK PANDIR: It is?

ABBOTT: Yes, but to be fair, there aren't many other Words left. It pretty much wiped out all the other Words out there.

PAK PANDIR: And that word is real one?

ABBOTT: Real One has nothing to do with Word. Real One isn't even part of Office.

PAK PANDIR: STOP! Don't start that again. What about financial bookkeeping? You have anything I can track my money with?

ABBOTT: Money.

PAK PANDIR: That's right. What do you have?

ABBOTT: Money.

PAK PANDIR: I need money to track my money?

ABBOTT: It comes bundled with your computer.

PAK PANDIR: What's bundled with my computer?

ABBOTT: Money.

PAK PANDIR: Money comes with my computer?

ABBOTT: Yes. No extra charge.

PAK PANDIR: I get a bundle of money with my computer? How much?

ABBOTT: One copy.

PAK PANDIR: Isn't it illegal to copy money?

ABBOTT: Microsoft gave us a license to copy Money.

PAK PANDIR: They can give you a license to copy money?

ABBOTT: Why not? THEY OWN IT!

(A few days later)

ABBOTT: PC world store. Can I help you?

PAK PANDIR: How do I turn my computer off?

ABBOTT: Click on "START".......











13 June 2010

Tukar Kerja Atau Tukar Sikap Terhadap Kerja Dalam Organisasi

Sedarkah kita kejayaan dalam bidang kerjaya adalah bermula daripada sikap kita terhadap kerja yang dilakukan. Sikap ditakrifkan sebagai penilaian mengenai diri dan alam sekeliling hasil dari pemikiran dan perasaan mengenai sesuatu perkara seterusnya terpancar pada perbuatan dan perkataan.
Menurut kajian dari salah sebuah universiti terkemuka, menyatakan bahawa 90 peratus kecemerlangan seseorang itu bermula daripada sikap, manakala 10 peratus lagi adalah daripada kemahiran dan maklumat yang diperolehinya. Maka perubahan sikap terhadap kerja inilah yang akan membawa kepada nilai-nilai yang baik antaranya sikap budi pekerti yang tinggi, perhubungan yang baik terutama sesama rakan sepejabat, majikan dan seterusnya dapat menghasilkan daya usaha yang memuaskan, bertanggungjawab, rajin, inovatif dan juga berdisiplin.

Begitu juga dengan sikap pekerja yang dipilih untuk bekerja dalam organisasi tertentu perlu serasi dan sesuai dengan nilai, budaya dan fahaman yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam organisasi berkenaan. Misalnya organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja yang terdiri daripada orang Islam kerana hanya pekerja Muslim yang faham akan budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam. Apabila timbulnya kefahaman dan keserasian ini, maka pekerja itu akan berasa seronok dan cintakan kerjayanya dengan sepenuh hati. Seterusnya, meletakkan dirinya sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab, amanah, bersemangat di tempat kerja, komited dan dapat melaksanakan tugas dengan tekun dan bersungguh-sungguh (itqan).

Bayangkan bagaimana keadaan diri pekerja sekiranya tidak seronok dengan kerjaya yang dilakukan seharian di tempat kerja? Sedangkan itulah tempat bagi mereka mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Apabila perkara ini berlaku maka sebenarnya mereka telah mengheret satu pertiga daripada masa kehidupan seharian ke tempat kerja dengan sikap malas, rasa bosan, tidak seronok dan asyik bersungut sepanjang masa sehinggalah tibanya waktu untuk pulang. Apabila jam menunjukkan pukul 5.00 petang barulah pekerja itu berasa bersemangat semula, boleh tersenyum dan ceria untuk pulang ke rumah. Begitulah halnya jika pekerja yang tidak berminat dengan apa yang dilakukan terhadap tugas tetapi terpaksa dilakukan demi menyara kehidupan diri dan keluarga.

Keadaan ini seterusnya sudah tentu memberi implikasi kepada majikan di setiap organisasi. Pekerja yang tidak berminat dengan kerjayanya akan menyatakan pelbagai alasan kepada majikannya apabila kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kerja yang dihasilkan tidak berkualiti, produktiviti menurun dan tidak memuaskan. Malah bagi mereka yang tidak seronok di tempat kerja kita boleh melihat dan mengenali riak wajahnya, pergerakannya, percakapannya yang bersikap negatif terhadap tugas. Pelbagai alasan turut diberikan jika datang lewat ke pejabat, ponteng kerja, kerja tidak siap dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, apabila pekerja ini berurusan dengan pelanggan pula, sikap negatif mereka turut sama terbawa-bawa. Tidak berkomunikasi dengan baik, gagal mengawal perasaan, sikap yang suka marah-marah, muka yang masam mencuka, kerja yang lembap turut dikaitkan dengan pekerja sebegini. Mereka bukan sahaja tidak seronok apabila berurusan dengan para pelanggan malah turut dilabel sebagai pekerja yang tidak mesra pelanggan. Jadi jika kita mahukan perubahan, produktivi tinggi dan kejayaan organisasi, maka mereka ini perlulah disuntik semangat sukakan kerjaya di samping mempunyai niat dan matlamat menaikkan nama organisasi.

Justeru, apakah cara terbaik untuk memupuk sikap terhadap kerja supaya timbulnya minat bekerja dalam organisasi? Mungkin mudah masyarakat beranggapan bahawa jika tidak lagi berminat dengan kerjaya yang diceburi, maka mereka boleh berhenti kerja atau tukar kerja lain. Namun, jika pekerja itu mengambil pendekatan sebegini dalam ekonomi semasa, pada perkiraan penulis, mungkin agak sukar bagi mereka memperoleh pekerjaan, melainkan jika mereka mengubah atau mentransformasikan sikap terhadap pekerjaan tersebut. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri".

Bukan tugas mudah untuk mengubah sikap. Namun, sebagai pekerja muslim perubahan itu perlu bermula dalam diri sendiri melalui transformasi sikap terhadap tugas yang diamanahkan. Malah perubahan yang baik apabila diri pekerja muslim itu melihat kerjaya mereka sebagai ibadah. Sikap segelintir pekerja yang menganggap tugas yang mereka lakukan di pejabat semata-mata sebagai proses makan gaji akan merugikan diri mereka sendiri. Sekiranya seorang pekerja ingin mencapai kejayaan, kenaikan pangkat dan gaji mereka haruslah menanam sikap membuat kerja lebih daripada apa yang dibayar. Yang pada akhirnya mereka akan dibayar lebih daripada apa yang dikerjakan. Ini merupakah prinsip kejayaan dalam kerjaya. Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka mereka tidak akan bekerja melebihi gaji yang diterimanya. Tetapi jika sebaliknya, mereka akan melipat gandakan lagi kerja di tahap yang lebih baik, produktif dan berkualiti.
Nabi Muhammad SAW menjelaskan di dalam hadisnya yang masyhur, setiap amal kebajikan itu perlu disertakan dengan niat. Jika diniatkan kerana menunaikan perintah Allah, maka berpahalalah dia. Jika niat hanya kerana makan gaji, makan gaji sajalah yang diperoleh.

Di samping itu, sikap pekerja dengan sesama rakan sekerja juga perlu dijaga dengan baik dan harmoni. Dengan menganggap rakan sekerja itu sebahagian daripada ahli keluarga dan saudara mara sendiri, maka sudah tentu kita akan sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong dan membantu mereka. Bekerja atas dasar kasih sayang jelas terbayang daripada sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya "Amalan sesudah beriman kepada Allah ialah berkasih sayang kepada para manusia" Riwayat Tabrani. Dengan demikian setiap kerja yang dilakukan bukan sahaja membawa faedah dan dinikmati oleh masyarakat sejagat malah sikap yang baik antara sesama rakan sekerja juga menjadikan diri pekerja lebih komited serta bermotivasi untuk terus menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang.

Begitu juga dengan persepsi sikap pekerja terhadap majikan perlukan perubahan. Sebagai pekerja kita perlu taat dengan majikan selagi perintah, teguran dan keputusannya itu tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah SWT. Begitu juga sikap majikan terhadap pekerja, perlu menghormati pekerja, mengasihi dan tidak menzaliminya. Jika hubungan majikan dan pekerja baik maka pekerja juga akan merasakan kerja itu lebih seronok malah turut dihargai.
Justeru, ukuran kejayaan sesebuah organisasi dilihat sangat bergantung kepada sikap kita terhadap kerja yang telah diamanahkan. Mungkin sukar untuk kita bertukar tempat kerja tetapi tidaklah sesukar mana jika kita dapat mengubah diri dan sikap terhadap kerja kita yang sedia ada. Maka laksanakannya dengan terbaik.

Facebook: Agen Propaganda atau Sumber Informasi?

Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya. Di antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah MySpace, Bebo, Friendster dan Facebook.

Fokus yang akan diberi keutamaan ialah laman rangkaian paling popular pada masa kini iaitu Facebook. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book”

Isu mengenai Facebook hangat dibicarakan di serata dunia pada ketika ini. Bukan Facebook sahaja, malahan laman web video popular, Youtube juga tutut menerima serpihannya. Para pengguna enggan melihat secara terus mengenai isu Facebook dan terus berkhayal menggunakannya. Masyarakat masih lena diulit mimpi dan tidak menyedari bahawa terdapat kemungkinan bahawa Facebook adalah suatu mekanisme bagi masyarakat Barat untuk mengumpul maklumat berkenaan penduduk di seluruh dunia. Cukuplah dengan gambar dan informasi mengenai diri anda sendiri yang disajikan untuk tatapan umum, maklumat mengenai diri sendiri ini adalah cukup bagi sesuatu pihak untuk memanipulasi, direkod dan digunakan ke atas anda kelak. Namun begitu, ia hanyalah spekulasi yang tidak dapat ditentukan tahap kebenarannya.

Kerisauan berikutan isu ini ditonjolkan oleh Kerajaan China untuk memblok laman Facebook, Twitter, Youtube malahan Wikipedia juga turut diblok pada mulanya sebagai langkah berjaga-jaga berikutan acara Sukan Olimpik di China. Ketegangan ini disebabkan kerisauan kerajaan terhadap ancaman pengganas dan perkara-perkara seumpanya yang dapat membantutkan perjalanan Sukan Olimpik tersebut. Selepas kejayaan sukan tersebut, kebanyakan laman web ini dapat diakses semula oleh masyarakat umum. Namun begitu, penggunaan laman web ini tidak kekal lama. Laman web tersebut diblok semula peggunaannya berikutan penyiaran video Sami Buddha dibelasah dengan teruk di Youtube.

Kini, bagi pengguna yang ingin melayari laman web facebook di China akan terpapar di skrin status ‘error’ atau ‘network timeout’. Ini bermakna penduduk di China tidak mempunyai rangkaian ke laman web Facebook, Youtube dan sebagainya. Namun begitu, laman web yang seumpanya sebagai contoh Youku iaitu Youtube versi China dan Xiaonei iaitu Facebook versi China tidak diblok. Mengapakah keadaan ini berlaku? Adakah kerajaan China takut akan ancaman dari pihak luar? Apakah bentuk ancaman tersebut? Satu kemungkinan yang dapat disimpulkan ialah mungkin kerajaan China lebih takut akan kritikan dari negara luar jika dibandingkan dengan kekacauan yang berlaku di negara tersebut sendiri. Adakah terdapat propaganda disebalik tindakan kerajaan China ini? Mungkin ya dan mungkin tidak. Namun begitu, laman web yang bertujuan member sumber informasi sebagai contoh, Wikipedia, tidak sepatutnya dihalang penggunaanya. Jika ini berlaku, masyarakat tidak akan dapat berkembang dan hanya akan kekal di takuk lama. Sejajar dengan peraliran zaman, sumber informasi dari pelbagai bentuk amatlah diperlukan dari koleksi buku hinggalah menerusi rangakaian internet.

Tindakan kerajaan China ini hanyalah akan membangkitkan ketegangan di kalangan rakyat yang tidak mahu hak mereka dikongkong. Kerajaan juga tahu sekiranya mereka memblok laman-laman web seperti ini, akan terdapat beribu-ribu cara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, perisian seperti Ultrasurf dan Freegate dikatakan mampu melepasi kawalan pihak kerajaan China. Justeru, kerajaan mengambil langkah untuk memblok juga laman web yang membekalkan kemudahan memuat turun perisian-perisian seumpamanya.

Mengikut sumber dari keratan akhbar Metro pada 27 Mei yang lalu, Afghanistan turut memblok laman web facebook kerana dikatakan kandungan laman web ini menghina nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Tindakan ini adalah wajar jika dilihat kerana sesetengah pihak mengambil kesempatan di atas ruangan yang diberikan. Sepatutnya, pihak jentera facebook memblog laman yang mempunyai unsur negatif yang dapat membangkitkan perasaan perpecah belahan antara kaum. Namun begitu, facebook juga mempunyai unsur yang positif iaitu memudahkan urusan di dalam sesuatu organisasi, dapat bertemu kenalan lama dan sebagainya.

Oleh itu, terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk menggunakannya dengan apa cara sekalipun dan untuk menilainya. Jika ia digunakan dengan tujuan yang baik, maka baiklah output yang kita akan terima dan sebaliknya.

PEMOTONGAN SUBSIDI; WAJARKAH?

Jikalau kerajaan Britain memilih untuk mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan “cara mencantas” dan memotong perbelanjaan dan kemewahan yang dinikmati oleh barisan menteri kabinet Britain dan juga golongan yang berkemampuan, kerajaan Malaysia ada cara tersendiri. Fikir punya fikir, akhirnya kerajaan Malaysia dah jumpa mekanisme untuk mengatasinya.

Kerajaan Malaysia pula memilih untuk mengurangkan belanja subsidi yang dikatakan sudah tidak tertanggung lagi. Kata kerajaan Malaysia, inilah cara yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan dan hasil subsidi ini terus dinikmati oleh golongan mewah. Hasilnya? Seperti di bawah……

1. Kenaikan Harga Petrol :
Kerajaan akan menaikkan harga petrol dengan kadar 15 sen untuk setiap liter daripada harga petrol ketika ini iaitu RM1.80 (RON 95). Kerajaan Malaysia berharap dengan cara ini ia dapat mengurangkan anggaran defisit negara Kenaikan harga petrol akan terus dinaikkan sebanyak 20 sen setiap liter pada tahun 2011. Begitu juga akan berlaku dua kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen bagi setiap liter pada tahun 2012.

2. Kenaikan Harga Tol :
Perbincangan antara PLUS dan LDP yang mana mencadangkan bahawa semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa subsidi dan ini bermakna akan berlakunya kenaikan harga tol antara 10-67 peratus untuk tahun 2010.

3. Kenaikan Harga Gas :
Harga gas akan naik sehingga tahap RM3/MMBTU untuk setiap 6 bulan. Kenaikan harga gas sebanyak RM3/MMBTU untuk setiap enam bulan dikatakan sesuai berikutan akan berlkau kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 1.6 sen / kWh (setiap enam bulan) untuk power sector dan non power sector.

4. Kenaikan Tarif Elektrik :
Sekitar 56 peratus isi rumah tidak akan terjejas dengan gelombang pemotongan subsidi kali ini. Bagi pelanggan yang menggunakan kurang dari 200 kWh caj mereka tidak akan meningkat. Bagi pengguna yang memiliki bil elektrik hanya RM20 dan kebawah akan terus mendapat kemudahan elektrik percuma sehingga Disember 2010 ini. Dalam pada masa yang sama industri strategik akan dilindungi.

5. Kenaikan Harga Gula :
Harga gula akan meningkat sebanyak 20 sen untuk setiap kilogram. Kenaikan harga gula akan berlaku pada setiap 6 bulan sehingga tahun 2012.

6. Kenaikan Harga Tepung :
Harga Tepung akan meningkat sebanyak 20 sen/kg pada tahun 2010 manakala kadar kenaikan sebanyak 25 sen setiap kg pada tahun 2011

7. Kenaikan Harga Minyak Masak :
Harga minyak masak akan naik sebanyak 15 peratus untuk setiap kg pada tahun ini (2010) dan 2011. Selepas itu kadar kenaikan minyak masak adalah 5 % sehingga tahun 2014.

Inilah hasil yang kerajaan Malaysia perolehi selepas dasar pemotongan ini dijalankan :

2010 – RM3 billion
2011 – RM14 bilion
2012 – RM21 bilion
2013 – RM29.5 bilion
2014 – RM35 bilion

Akhirnya, dengan beberapa kenaikan harga harga dan lain-lain bermula tahun 2010 berikutan pemotongan subsidi, ini akan membolehkan jumlah tabungan negara untuk tempoh 5 tahun dijangkakan sebanyak RM103 bilion.
Namun begitu, rancangan pemotongan subsidi ini tidak mendapat persetujuan daripada beberapa pihak. : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bimbang pelan pemotongan subsidi yang dilakukan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mencetuskan impak negatif kepada kehidupan rakyat. Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, rakyat tertekan dengan pemotongan subsidi kerana ia akan meningkatkan kos perbelanjaan rakyat ketika pendapatan kian merosot.

Justeru, katanya, AMK Selangor menyatakan rakyat sewajibnya tidak dibebani dengan kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan, sebaliknya soal pembaziran, penyelewengan dan ketirisan dalam kerajaan perlu diberi perhatian. AMK Selangor membidas kerajaan yang hilang fokus dalam membawa idea yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat.

Agensi berita Reuters melaporkan Kabinet akan bermesyuarat 26 Mei depan untuk membincangkan usul memotong rejim subsidi keatas minyak, gas asli, makanan dan tol lebuhraya. Najib sebelum ini menyakinkan pengundi seluruh negara bahawa harga keperluan asas tidak akan naik, namun Reuters melaporkan BN kini mempertimbang semula keputusan itu kerana defisit negara membengkak ke rekod tertinggi sejak 20 tahun lalu.

Ezli berkata, kerajaan harus melaksanakan polisi yang menguntungkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana, apatah lagi kerajaan meuar-uar pertumbuhan suku pertama 2010 mencecah 10 peratus. Beliau menggesa penstrukturan semula subsidi ini mengambil kira kesusahan rakyat khususnya perkara asas seperti subsidi bahan api, gula, tepung, makanan, pertanian dan bahan keperluan utama rakyat.

Katanya, AMK Selangor prihatin kepada nasib rakyat kerana penstrukturan semula subsidi mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat yang dibebani dengan kenaikan kos sara hidup. AMK Selangor terus memastikan jika kerajaan pimpinan Najib melaksanakan penstrukturan semula subsidi kelak, jangan sesekali memangsakan rakyat dalam melaksanakan polisi baru.
Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala, 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsisi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.

Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari, mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun. beliau tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali rancangan kerajaan pusat untuk menghapuskan subsidi yang diberikan kepada rakyat, untuk menyelamatkan negara daripada muflis. Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, meliputi pelbagai sumber pendapatan. Malaysia mempunyai minyak dan gas, eksport kelapa sawit, kilang-kilang dan sebagainya, tetapi Malaysia dirosak oleh rasuah dan pengurusan ekonomi yang sangat lemah.

Namun begitu, sekiranya pemotongan subsidi akan terus dijalankan, ia haruslah dilaksanakan secara berperingkat. Ini disokong oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, Pemotongan subsidi secara berperingkat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini adalah satu langkah yang tepat. Contohnya, jika jangka masa yang diambil untuk melaksanakan pemotongan subsidi ini adalah 10 tahun, maka kenaikan harga barangan boleh dinaikkan sedikit sahaja, tetapi jika jangka masa yang diambil lebih singkat, kenaikan harga barangan boleh melambung lebih tinggi.

Selain itu, menurutnya pemberian subsidi yang membabitkan dua harga antara pengguna domestik dan industri menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dan akhirnya menyebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan oleh kerajaan. Nilai subsidi gula pada masa sekarang adalah sebanyak RM1 bilion dimana penggunaannya setiap tahun hanyalah sebanyak RM100 ke RM200 juta sahaja. Ini menunjukkan subsidi yang hanya diberikan untuk domestik telah digunakan juga oleh industri dan menyebabkan nilai subsidi yang tinggi perlu ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, Sha'ani berkata jika pemotongan subsidi ini dijalankan, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme-mekanisme yang bersesuaian untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk N. Siva Subramaniam juga berpendapat bahawa pemotongan subsidi gula dan petrol tidak dapat dielakkan. Beliau berpendapat rakyat harus sedar, subsidi ini tidak akan kekal sehingga ke akhir hayat, pemberiannya adalah bertujuan untuk menolong rakyat, tetapi ianya juga mempunyai implikasi yang serius kepada kerajaan. Pemberian subsidi gula dan petrol yang diberikan kerajaan untuk membantu rakyat dalam menguruskan kewangan mereka sering diambil kesempatan oleh segelintir peniaga yang menyeludupnya ke negara jiran.

Secara umumnya, harga barangan ini di negara-negara jiran adalah lebih tinggi, dan peniaga-peniaga yang mementingkan keuntungan sendiri menyeludup barangan yang telah disubsidi kerajaan dan menyebabkan tanggungan subsidi yang lebih tinggi dan mengurangkan stok rakyat sedia ada.

Siva yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, pemotongan subsidi ini juga akan dapat melatih rakyat supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja dan juga menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Malaysia pada masa sekarang adalah negara yang ketiga mempunyai pesakit diabetes teramai dan pemotongan subsidi gula khususnya akan dapat membantu rakyat supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Sekarang sudah tiba masanya rakyat menerima hidup tanpa subsidi, dan mengamalkan hidup berjimat cermatKkenaikan gaji pekerja akan diusulkan sehubungan dengan kenaikan harga barangan nanti, jadi rakyat tidak perlu risau kerana perubahan seperti ini tetap akan berlaku.

Sementara itu, presiden Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Varatharajoo Murugan berkata pengguna-pengguna tidak perlu risau kerana setiap langkah yang diambil oleh kerajaan mesti telah dikaji sebaik mungkin. Namun begitu, katanya, kerajaan haruslah memberikan penjelasan yang terbaik kepada rakyat supaya tiada masalah timbul di masa hadapan. Kerajaan harus prihatin dan mengawal pemberian subsidi dengan lebih telus kerana terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi ini. Seperti keadaan sekarang dimana kekurangan gula berlaku di seluruh negara, namun terdapat segelintir pasar raya besar yang menjualnya secara besar-besaran, ini menimbulkan pelbagai keraguan terhadap rakyat.

Dr Mohamad Khir Toyo juga turut mencadangkan beberapa langkah untuk membendung isi pemotongan subsidi daripada menjadi suatu isu yang lagi besar. Beliau mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai. Sebaliknya apa yang diumumkan ialah usaha kerajaan untuk menarik balik semua subsidi bagi menambah kantung negara untuk tujuan projek pembangunan. Mengumumkan kerajaan akan muflis pada 2019 jika kerajaan meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak politik, malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya.

Antara cadangan-cadangan lain daripada beliau adalah;

1.Subsidi dan Monopoli
Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula. Namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut. Benarkan sesiapa sahaja mengimpot gula dan bersaing dengan terbuka. Demikian juga beras, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar. Kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan "pemain" industri. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

2. Subsidi Petrol dan Inflasi
Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol. Jika harga petrol terlalu tinggi ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli belah, bersiar, mahu pun melancong di dalam negara. Ini sekaligus mengurangkan putaran ekonomi negara. Dalam jangka masa panjang ekonomi negara akan meleset sekaligus akan lebih merugikan kerajaan. Status harga petrol sepatutnya dikekalkan seperti sekarang iaitu, Petrol RON 95 dijual dengan subsidi 30 sen seliter. Manakala Petrol RON 97 dijual mengikut harga pasaran. Ini satu yang telah diterima oleh rakyat dan sewajarnya diteruskan. Malahan saya ingin menyarankan agar harga Ron 97 ditentukan terus oleh syarikat minyak tanpa campur tangan kerajaan.

Dalam pada itu, pam bagi petrol RON 97 juga harus diperbanyakkan bagi membolehkan mereka yang ingin menggunakan RON 97 tidak perlu menunggu lama akibat pam yang terhad. Stesen minyak harus menyediakan pam yang sama banyak antara petrol RON 95 dan RON 97. Ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan RON 97.

3.Jangan Usik Subsidi Pendidikan
beliau turut berharap agar kerajaan tidak mengambil keputusan "mengacau" peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan. Ini kerana ia merupakan masa depan anak-anak kita. Kerajaan sepatutnya mencari jalan memberi lebih banyak pendidikan murah dan percuma kepada rakyat bukannya berusaha menambah beban perbelanjaan pendidikan kepada rakyat.Kita mungkin dapat menjimat perbelanjaan negara dengan menarik subsidi pendidikan namun dalam masa akan datang lebih banyak akan dibelanja oleh kerajaan ba gi menangani pelbagi masalah sosial, jenayah dan kemiskinan apabila generasi muda tercicir dalam pendidikan.

4.Menambah Pendapatan Negara
Beliau melihat kerajaan lebih ke arah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan subsidi berbanding mencari jalan menambah pendapatan. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri tentu boleh menyelesaikan masalah pendapatan negara jika sekadar mahu mencadangkan penghapusan subsidi.
Sebaliknya kita mahu Menteri yang boleh mendapatkan pendapatan negara yang lebih besar bagi membantu rakyat dalam negara. Kita memerlukan menteri yang boleh meningkatkan pendapatan negara tanpa menarik terlalu banyak keitimewaan yang dinikmati rakyat. Apa salah subsidi jika ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat? Bukankah tugas kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat?

Apa yang perlu kerajaan lakukan hari ini ialah meningkatkan pendapatan negara bagi membolehkan pendapatan negara berkali ganda lebih besar daripada perbelanjaan subsidi. Rakyat mahu melihat kesungguhan kerajaan meningkatkan pendapatan negara bagi membantu mereka bukannya menarik keselesaan rakyat bagi memberi lebih banyak wang kepada kerajaan

Secara kesimpulannya, adalah benar bahawasanya rakyat tidak patut bergantung sepenuhnya kepada subsidi kerajaan dan pemotongan subsidi dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk mematangkan rakyat dalam mengendalikan urusan harian. Namun, rancangan pemotongan subsidi tersebut perlu ditimbang-tara agar tidak terlalu membabankan rakyat yang berkuasa untuk mengundi kerajaan pimpinan pilihan mereka. Adalh tidak mustahil suatu hari nanti tiada lagi subsidi dibekalkan kepada rakyat, namun ia mestilah dilakukan secara berperingkat, bukan dalam sekelip mata kerana rakyat juga memerlukan masa untuk membiasakan suausana kehidupan dengan perubahan yang baru.

07 June 2010

CINTA LOMBOK : DI MANA TITIK NOKTAHNYA?

Semakin hari ,semakin bertambah kes wanita tempatan lari mengikut jejaka Lombok melibatkan remaja bawah umur dilaporkan di dada akhbar- akhbar tempatan. Lebih menyedihkan lagi, “wabak “ ini turut melanda wanita berusia dan isteri orang yang asyik menagih kasih jejaka Lombok. Walaupun tiada statistik tepat mengenai jumlah wanita Malaysia yang terlibat dalam masalah ini, namun terdapat lebih dari 47 kes yang perlu diberi perhatian sewajarnya dari kerajaan . Malah, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menyatakan bahawa terdapat kira-kira 500 wanita tempatan dilaporkan telah terjerat oleh janji-janji manis lelaki Lombok yang pernah bekerja di sini. Di mana kurangya lelaki tempatan dan dimana lebihnya jejaka Lombok? Tepuk dada, tanya selera.

Antara sasaran utama jejaka Lombok ini ialah remaja perempuan bawah umur sekitar umur 15-18 tahun yang masih naïf dan mudah terpedaya dengan pujuk rayu mereka seperti yang berlaku ke atas Stefanie Liana Langka, gadis Iban yang baru sahaja berusia 15 tahun.Bukan ubat guna-guna atau jampi serapah yang menjadi “senjata “ mereka tetapi hanya dengan kata-kata manis bertulangkan dusta mampu mencairkan hati remaja naïf ini. Mereka bertindak sebagai pendengar setia tatkala remaja ini menghadapi masalah dan menawarkan diri mereka sebagai tempat bergantung yang setia membantu. Menurut kajian, jejaka-jejaka Lombok ini juga menawarkan ‘free top-up’ kepada mangsa sebagai hadiah sepanjang hubungan mereka. Sudah tentu, hadiah ini sudah dianggap terlalu “besar” untuk remaja bawah umur ini.Akhirnya, jejaka Lombok ini berjaya menjadi wira di hati mereka dan membuatkan gadis naïf ini lari mengikut mereka ke Lombok. Agama, adat dan keluarga ditolak tepi dalam membuat keputusan ini tanpa berfikir panjang akan risiko yang bakal dihadapinya nanti.

Antara cadangan yang diutarakan bagi membendung masalah ini ialah menyekat kemasukan jejaka Lombok ke Malaysia untuk mencari rezeki. Ia telah dicadangkan oleh Puteri UMNO. Selain itu, Skuad Sayang juga telah ditubuhkan oleh Pergerakan Puteri UMNO bagi menjalankan kerja kebajikan dan kesukarelawan sebagai pendekatan yang baik untuk membantu menangani masalah social sebegini di peringkat akar umbi. Pihak ibu bapa tidak patut dipersalahkan bulat-bulat dalam hal ini kerana dituduh gagal mendidik anak-anak sehingga disindir dengan pepatah yang berbunyi “sudah terhantuk baru mengadah”. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa ada di antara ibu bapa yang terlepas pandang akan hal ini dek kerana sibuk mencari rezeki. Ibu bapa seharusnya menjadi rakan baik kepada anak-anak supaya anak-anak remaja ini lebih selesa untuk menceritakan sebarang masalah termasulkah masalah cinta yang sememangnya dialami oleh anak remaja yang meingkat dewasa.Bukannyya, jejaka Lombok yang menjadi tempat bercerita segala masalah yang akhirnya menjerat diri.

Di sinilah, peranan Student Community Law Club (SCLC), Fakulti Undang-undang UiTM bermula. Kami ditubuhkan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan undang-undang kepada masyarakat sejagat. Dalam hal ini, para remaja perlu diberi kesedaran awal tentang masalah kahwin lari ke Lombok ini yang boleh menjadi kes jenayah sekiranya mereka telah masuk ke negara Indonesia secara haram. Mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan menurut perundangan Indonesia jika didapati bersalah. Lebih buruk lagi, sekiranya perkahwinan itu dikurniakan anak. Status anak itu sama ada warganegara Malaysia atau tidak juga kabur seperti yang ditanggung oleh Stefanie. Jika tidak, sudah tentu anak itu tidak dapat menikmati hak keistmewaan warganegara Malaysia. Remaja-remaja ini juga perlu diingatkan tentang penderitaan hidup yang bakal mereka hadapi di Lombok setelah bergelar isteri jejaka Lombok. Hidup mereka ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Mereka tinggal di kawasan tidak ubah seperti rumah kongsi di mana bapa mertua dan ipar-duai turut tinggal bersama. SCLC mengharapkan agar permasalahan ini dapat dibendung dengan segera dengan adanya langkah-langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan dan NGO. Masa depan wanita tempatan kita perlu diselamatkan dari terus dimusnahkan oleh lelaki warga asing ini! Kami SCLC sedia membantu!

06 June 2010

Kelulusan Lesen Perjudian di Malaysia

Dunia tidak lama lagi akan dihangatkan dengan satu agenda yang dipanggil Piala Dunia bolasepak. Agenda yang diadakan setiap 4 tahun sekali ini bertujuan untuk menentukan siapa yang layak untuk memegang gelaran juara dunia dalam acara bola sepak. Sudah semestinya pemain-pemain bertaraf dunia akan beraksi dan mempamerkan skil-skil yang mengkagumkan dan pasti kemudian akan dipuja dan ditiru oleh peminat sejati bola sepak. Sebut sahaja Cristiano, Torres, Messi dan sebagainya pastinya dunia amnya kenal mereka. Barangkali dari segi rembatan, cara menggelecek bahkan stail rambut atau senyuman mereka seboleh-bolehnya akan cuba dijadikan contoh dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.



Namun, disebalik kehangatan Piala Dunia ini, ada beberapa perkara yang perlu dipandang serius oleh setiap pihak. Pada Penghujung bulan Mei 2010 yang lalu, kerajaan Malaysia telah mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bola sepak bagi tujuan Piala Dunia 2010. Dengan alasan bagi mengelakkan perjudian haram yang semakin berleluasa, peminjam wang tanpa lessen, jenayah terancang, penyeludupan, money laundering serta dengan tujuan untuk mebangunkan industri sukan negara, maka lesen judi tersebut diluluskan.



Entah apa yang bermain di fikiran mereka yang mempertimbangkan untuk meluluskan lesen tersebut. Mungkin dengan tanggapan bahawa hasil judi yang lumayan boleh disumbangkan kepada pembangunan dan perbelanjaan negara atau, lessen judi tersebut dapat menggalakkan persaingan sihat dikalangan tauke-tauke judi di dalam mahupun di luar negara sekaligus menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Apapun tujuan, sebab dan alasan, perkara-perkara asas yang seorang Muslim tahu, judi itu adalah HARAM dalam kedaan apa sekalipun. Belum pernah ada orang yang memberikan fatwa atau pendapat bahawa judi itu adalah halal dalam keadaan -keadaan tertentu seperti Piala Dunia. Jika putih itu adalah putih, maka ia tidak akan hitam dan jika hitam itu adalah hitam, maka ia tidak akan putih. Jadi, dengan konsep yang mudah, judi itu adalah haram.



Dengan lulusnya lesen perjudian ini, ia menggambarkan sejauh mana tahap pemikiran kita. Betapa tinggi atau rendahnya maruah kita sebagai negara Islam kononya walaupun hakikatnya Malaysia bukanlah negara Islam yang sebenar. Di mana letaknya pemikiran dan maruah kita sebagai salah sebuah Negara OIC?Di mana letaknya intelek kita yang majoritinya beragma islam dan mempunyai asas pendidikan agama yang sempurna?Di mana rasionalnya kita membuat keputusan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab pada negara?Sayang berjuta-juta kali sayang, maruah, pemikiran, status dan rasional kita sebagai rakyat negara ini telah ternoda hanya kerana Piala Dunia. Pelik tahap tertinggi apabila judi yang jelas haram itu tetap diberikan lessen untuk dihalalkan.



Begitu banyak kesan sampingan akibat dari meluluskan lessen judi ini. Antaranya, ia akan mendatangkan impak negatif kepada rakyat, bukan mendatangkan kebaikan kepada negara seperti yang dicangankan kerajaan. Kesannya termasuklah keruntuhan mutu sukan negara, mendorong rakyat bergantung kepada nasib, menurunkan produktiviti negara, meruntuhkan institusi keluarga, meningkatkan gejala sosial, meningkatkan kadar jenayah, meningkatkan beban hutang rakyat, meruntuhkan ekonomi negara dan menyalahi dasar-dasar semua agama.

Kita sibuk nak membangunkan sukan bola sepak dan badminton negara padahal perkara asas awal-awal lagi kita telah rosakkan. Apetah lagi untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak yang mampu untuk menyertai Piala Dunia seperti mana yang rakyat Malaysia dambakan. Jauh panggang dari api. Kita sibuk melaungkan slogan Malaysia Boleh di stadium ketika Piala Thomas berlangsung sedangkan begitu banyak perkara yang perlu kita betulkan. Jika perkara seperti judi ini terus berlaku, maka industri sukan kita tidak akan ke mana. Tidak akan dapat kita ulangi kegemilangan bola sepak era Mokhtar Dahari dan kecemerlangan anak-anak arwah Haji Sidek.

Guru-guru di sekolah bertungkus lumus mendidik anak-anak bangsa dengan penerapan nilai-nilai murni tetapi penyakit sosial ini diluluskan sendiri oleh kerajaan yang membentuk sistem pendidikan negara yang mahukan nilai-nilai murni ini diterapkan. Sungguh lucu dengan tingkah laku ini seolah- olah cakap tidak serupa bikin. Sepatutnya, terlintas di benak fikiran kita bagaimana generasi pada hari ini akan memipin pada masa akan dating jika perkara begini terus dibiarkan. Jadinya, generasi-genereasi yang memimpin sekarang janganlah menyalahkan generasi pada hari ini jika kepimpinan mereka pada suatu hari nanti begitu lemah dan tidak berintegriti.



Mungkin benar dengan meluluskan lesen judi, keuntungan yang berlipat kali ganda akan diperolehi. Tetapi ingat, sejauh mane keuntungan itu akan berhasil. Kita barangkali pernah dengar ayat yang bunyinya lebih kurang begini ; seorang pelajar mungkin pada hari ini mendapat kelulusan yang cemerlang walaupun dia tidak datang ke sekolah, mengejek dan memaki guru-gurunya, mempunyai masalah disiplin yang berat, meniru di dalam peperiksaan ataupun sebagainya tetapi pada pengakhiran karier atau hidupnya dia akan kecundang dan menghadapi pelbagai masalah. Mungkin dari segi kerjaya, keluarga ataupun kehidupan sosial. Inilah yabg di maksudkan dengan soal keberkatan. Berdoalah berjuta-juta kali pun, doa tidak akan diterima jika ianya tidak mempunyai keberkatan apetah lg daripada sumber yang haram yang telah menjadi sebahagian dari darah daging.



Akhir kalam, bukanlah artikel ini bertujuan menghentam atau mengkritik mana-mana pihak akan tetapi dengan sifat neutral dan rasional yang mudah, jelas bahawa judi itu adalah haram. Jika bertanya pada murid-murid sekolah rendah pun, mereka tahu bahawa judi itu adalah haram. Jika mereka tahu judi itu adalah haram, apetah lagi kita yang berpendidikan ini. Isu-isu sebegini tidak harus dipandang mudah bahkan perlu dibanteras dengan tegas-setegasnya oleh setiap pihak.



Semoga, Malaysia yang telah merdeka ini bebas dari anasir-anasir jahat@judi yang fasad ini. Dan kita yang pastinya berjiwa merdeka pasti dapat membezakan hitam dan putih.



Sekian, wassalam~

02 June 2010

Liberalisme

Artikel ini saye petik dari Harakah Daily Online...Dan, pendapat mengenai artikel ini di utarakan oleh Wan Saiful Wan Jan...Beliau adalah Ketua Pengarah Malaysia Think Tank

Ini adalah pendapat dan bukannya fakta yang wajib kite terima...Yang haq hakikatnya adalah benar dan yg bathil hakikatnye adalah palsu...Sekadar membaca dan maembuka minda...Selamat Membaca!~

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan dua soalan: "Orang Islam boleh jadi liberal kah?" dan "Bagaimana mungkin seorang ahli PAS menyokong fahaman liberal? Bukankah Islam itu lengkap?". Kedua-dua soalah ini menunjukkan betapa ramainya yang terkeliru dengan maksud perkataan 'liberal'

Tidak mudah untuk menghurai kekeliruan mengenai liberalisme. Dalam artikel pendek ini saya akan cuba menjelaskan erti liberalisme yang saya fahami dan kenapa saya tidak nampak percanggahan antara aqidah Islam dan juga fahaman liberal. Insha-Allah saya akan cuba menulis artikel-artikel lain untuk menghuraikan maksud ideologi ini dengan lebih mendalam.

Sebelum itu, saya perlu membuat satu klarifikasi yang penting. Perkataan 'liberal' kerap kali disalahguna hinggakan penggunaannya kadang kala lari daripada maksud sebenarnya. Di Amerika Syarikat, perkataan liberal telah dicuri oleh mereka yang menyokong campur tangan kerajaan dalam hal ehwal peribadi rakyat (contohnya Parti Demokratik). Di Malaysia pula, jika disebut sahaja perkataan 'liberal', maka biasanya yang datang dalam fikiran ialah 'Islam liberal'. Saya tidak termasuk dalam kedua-dua kelompok ini. Saya seorang yang berpegang dengan falsafah liberalisme klasik, atau, di Amerika, biasanya ia dipanggil falsafah libertarianisme. Untuk mengelakkan lebih banyak salah faham, maka saya akan menggunakan perkataan libertarian dalam artikel ini.

Kedaulatan undang-undang

Liberalisme klasik atau libertarianisme bukan satu falsafah baru. Prinsip asas libertarianisme ialah keyakinan terhadap adanya satu "peraturan tertinggi", dan prinsip ini boleh dikesan dalam falsafah lama Yahudi dan Greek purba. Prinsip ini bermaksud semua manusia, daripada pemerintah kepada yang diperintah, adalah tertakluk kepada sebuah peraturan yang sama. Kedatangan Islam pula telah memperkukuh keyakinan terhadap prinsip "peraturan tertinggi" yang diteroka sejak sebelum zaman Nabi Musa lagi. Malahan Islam dengan jelas mengajar bahawa mereka yang berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka. Pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

Libertarianisme tidak menyeru kepada pemansuhan atau pengabaian terhadap peraturan dan undang-undang. Sebaliknya, libertarianisme adalah satu panggilan agar semua manusia mematuhi undang-undang yang sama tanpa pengecualian kerana wujudnya kedaulatan undang-undang. Konsep ini adalah perlindungan terbaik daripada kediktatoran dan totalitarianisme. Jika tidak wujud kedaulatan undang-undang, maka yang berdaulat adalah manusia. Perampasan kedaulatan undang-undang oleh segelintir manusia yand memerintah akan membolehkan mereka memaksa rakyat hidup mengikut telunjuk mereka. Sekiranya prinsip asas libertarianisme ini tidak dihiraukan, maka akan wujudlah totalitarianisme seperti di negara-negara komunis dan fasis yang pastinya tidak Islamik.

Kerajaan terhad

Pemerintah mempunyai kuasa untuk memaksa orang bawahan tunduk kepada mereka dengan menggunakan akta-akta parlimen, peraturan, undang-undang, tentera, polis, dan sebagainya. Pendek kata, wujud ketidaksamarataan kuasa antara rakyat dan pemerintah. Untuk memastikan pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa mereka, maka kuasa kerajaan perlu dihadkan. Tanpa had yang jelas, kerajaan berkuasa penuh untuk meluluskan undang-undang dan akta-akta yang mengongkong kehidupan manusia, seterusnya melahirkan satu sistem yang tidak ubah seperti kediktatoran. Prinsip kerajaan terhad ini juga satu prinsip yang penting dalam libertarianisme.

Kuasa kerajaan terhasil daripada amanah yang diberikan oleh rakyat. Tetapi kerajaan boleh menjadi terlalu berkuasa sehingga ia mencengkam dan membahayakan rakyat itu sendiri terutamanya apabila kerajaan meluluskan peraturan-peraturan yang memaksa rakyat taat dan patuh kepada mereka. Untuk mengehadkan kuasa kerajaan dan menghalang mereka daripada menjadi diktator, maka negara-negara biasanya mempunyai perlembagaan yang memperinci dan memperjelaskan sempadan antara hak kerajaan dan hak rakyat.

Sebagai seorang Muslim, saya menentang sepenuhnya konsep kediktatoran dan pemusatan kuasa. Islam tidak mempunyai kuasa pentadbiran berpusat dan dengan itu Islam mempertanggungjawabkan penganutnya untuk memilih cara hidup yang terbaik, dan menganjurkan agar penganutnya menuntut ilmu agar mereka boleh membuat keputusan yang tepat. Inilah sebabnya kenapa saya juga yakin bahawa pemerintah mestilah memperkuasa rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dan tidak memaksa rakyat patuh kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh pemerintah sahaja.

Individu merdeka

Apabila kuasa sesebuah kerajaan dihadkan, maka setiap individu rakyat menjadi merdeka untuk memilih apa yang terbaik untuk kehidupan mereka selagi mana mereka tidak melakukan keburukan terhadap orang lain. Libertarianisme melihat individu sebagai elemen paling asas dalam masyarakat kerana perkumpulan individu-individu inilah yang akhirnya membentuk sesebuah masyarakat. Setiap individu merdeka boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka, berdasarkan pengetahun mereka sendiri. Prinsip individu merdeka ini selaras dengan keyakinan kita bahawa Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia agar seseorang Muslim itu boleh memperhambaan diri kepada Allah semata-mata. Menafikan kemerdekaan individu adalah seolah-oleh menafikan satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Sebagai seorang Muslim, saya melihat mereka yang memperhambakan manusia lain seolah-olah cuba merampas tempat Allah dalam kehidupan manusia.

Setiap individu mestilah menghormati maruah individu lain tanpa mengira agama, bangsa atau jantina mereka. Ini bermaksud kita perlu menghormati perbezaan antara satu individu dengan individu lain. Konsep individu merdeka juga bermaksud setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain, dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Paling penting sekali, konsep individu merdeka bermaksud kerajaan tidak boleh masuk campur dalam hal-hal peribadi seseorang rakyat. Selagi mana individu tersebut tidak melakukan keburukan terhadap orang lain, selagi itulah kerajaan tidak boleh masuk campur.

Pasaran bebas

Memang diketahui umum bahawa seorang libertarian biasanya menyokong pasaran bebas. Tetapi terdapat banyak salah faham mengenai sebab kami menyokong pasaran bebas. Terdapat dakwaan bahawa kami menyokong pasaran bebas kerana kami tidak mempedulikan nasib golongan miskin dan kami mahu membiarkan wujudnya jurang antara kaya dan miskin. Tuduhan liar ini salah sama sekali.

Sebenarnya libertarian menyokong pasaran bebas kerana hanya sistem ini sahajalah yang boleh menjamin maruah individu dihormati. Pasaran bebas membolehkan setiap individu memilih sendiri barangan dan perkhidmatan menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan. Penafian kebolehan setiap individu untuk berfikir sendiri adalah seolah-olah menyatakan bahawa mereka itu semuanya bodoh kerana tidak boleh berfikir sendiri. Menyekat pilihan di pasaran seolah-olah menafikan anugerah akal pemberian Tuhan kepada manusia. Tidak ada penghinaan yang lebih besar terhadap maruah seseorang manusia selain itu.

Sesetengah pihak, terutamanya golongan sosialis, suka berhujah bahawa kerajaan perlu memastikan kesamarataan dalam masyarakat. Mereka ini salah dari dua sudut. Pertama, sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa Tuhan telah menciptakan kita semuanya sama rata. Ini lebih penting daripada apa-apa usaha kerajaan untuk mewujudkan kesamarataan ekonomi, terutamanya jika usaha kerajaan tersebut membayangkan seolah-olah Allah tidak memberikan saya akal untuk membuat keputusan sendiri. Kedua, kita boleh melihat sendiri betapa setiap kali kerajaan cuba mewujudkan kesamarataan ekonomi, hasilnya adalah lebih banyak ketidaksamarataan. Contohnya, lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru di Malaysia. Setelah berpuluh tahun kerajaan cuba memaksa rakyat menjadi sama rata, adakah usaha tersebut berjaya? Sebab itulah saya bingung apabila saya mendengar ahli-ahli politik berkata bahawa mereka mahu memperbetulkan kegagalan kerajaan melalui lebih banyak campur tangan kerajaan dalam kehidupan rakyat, kali ini dengan cara mewujudkan negara kebajikan. Adakah kita mahu jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua?

Bolehkah menjadi seorang libertarian?

Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan. Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan. Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah (s.a.w.) dan isteri Baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Ramai sahabat (r.a.) yang turut menjadi kaya raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campur tangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid. Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.

Saya berkeyakinan bahawa itulah model terbaik untuk Malaysia. Falsafah libertarianisme mendokong kedaulatan undang-undang dan sistem pasaran bebas, menyeru agar kuasa pemerintah dihadkan, dan menutut agar manusia dimerdekakan daripada penghambaan sesama manusia supaya tidak ada manusia lain yang boleh merompak kedudukan Tuhan dalam kehidupan kita. Sebagai seorang Muslim, bolehkah saya menentang semua ini?


01 June 2010

Renung_Renungkan


Guaman, Kerjaya Yang Disalah Fahami

Sep19

www.iluvislam.com
Fuadsyazwan
Editor: arisHa27

Saya adalah seorang pelajar undang-undang di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Kelang. Sebagai seorang yang bakal menceburi bidang guaman, saya sering diserang dengan soalan dan tuduhan yang bukan-bukan.
Antaranya:

“Peguam adalah kerja yang hina kerana sanggup membela pesalah.”

“Apa hukum hakim buat keputusan yang salah?”

Dalam menjawab soalan sebegini, saya suka menggunakan hujah akal kerana saya tidak berapa mahir dalam dalil naqli. Jadi, dalam perkara pertama, peguam sering difitnah sebagai golongan yang hina kerana membela pesalah. Benarkah begitu?

Persolan pertama.

A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang wanita dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh selepas melihat muka A di muka hadapan akhbar. Walaupun mahkamah belum bersidang, tapi hukuman telah dijatuhkan oleh masyarakat. Kemudian disiarkan pula wajah peguam bela bagi A. Maka peguam ini juga dituduh sebagai seorang yang tak berhati perut kerana membela pembunuh.

Persoalan sekarang,
atas justifikasi apa masyarakat menjatuhkan hukuman ke atas A?

Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas
prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dia lah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian. Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.

Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah. Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah.

Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Maka, salah kah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah.
Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.

Persoalan kedua.
Adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa? Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala.Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapan nya.

Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah. Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak.

Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah. Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah. Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.

_setiausaha_